awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah

Bernama
Bernama
09/02/2026
06:45 MYT
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Perbincangan yang diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din ke pejabat Hannah hari ini, antara lain menyentuh tentang peranan teknologi 5G. - Foto FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bagi memperkukuh hala tuju Kuala Lumpur sebagai bandar pintar, selamat, tahan tekanan krisis dan berpaksikan rakyat.
Menerusi hantaran di Facebook, Hannah berkata perbincangan yang diadakan bersempena dengan kunjungan hormat Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamed Salim Fateh Din ke pejabatnya itu hari ini, antara lain menyentuh tentang peranan teknologi 5G.
Hannah berkata dalam pertemuan berkenaan, beliau menegaskan kepentingan teknologi digital, khususnya rangkaian 5G sebagai tulang belakang kepada dasar awam meliputi aspek keselamatan, kesiapsiagaan bencana dan kesejahteraan rakyat.
Perbincangan, katanya, turut menyentuh keperluan integrasi teknologi pintar bagi mempercepat tindak balas kecemasan, meningkatkan keselamatan jalan raya melalui kerjasama strategik bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), perlindungan golongan warga emas serta memastikan kesinambungan komunikasi di terowong Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan lebuh raya.
"Bandar pintar bukan tentang siapa paling canggih. Bandar pintar ialah siapa paling bersedia melindungi rakyat ketika detik paling genting.
"Inilah komitmen Kuala Lumpur, iaitu memastikan teknologi bukan sekadar memudahkan kehidupan harian, tetapi menjadi perisai keselamatan warga pada saat paling kritikal," katanya.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#MCMC
#Kuala Lumpur
#bandar pintar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan