awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti kerja rendah punca jalan rosak semula - Shahelmey

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2023
11:13 MYT
Kualiti kerja rendah punca jalan rosak semula - Shahelmey
Keadaan jalan raya yang dilalui pengguna didakwa kembali rosak. -Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Kualiti kerja kontraktor daripada pihak ketiga yang rendah dipercayai punca laluan di Jalan Gum-Gum, Sandakan, rosak walaupun jalan raya itu telah ditambah baik sebelum ini.
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, perkara yang ditularkan di media sosial mengenai jalan rosak itu telah diambil maklum oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).
"Sebenarnya, jalan tersebut sebelum ini telah melalui kerja pelebaran, namun dilakukan oleh pihak ketiga.
"Bukan disebabkan guna bahan tidak berkualiti, tetapi kemungkinan kualiti kerja yang rendah semasa buat kerja pelebaran itu dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu jalan raya di Sandakan mengalami kerosakan dan tular di media sosial baru-baru ini.
Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri turut menambah, pihak JKR daerah sepatutnya telah memeriksa dan memantau kerja yang telah dilakukan sebelum itu dengan lebih teliti.
"Kerja yang rosak tersebut bukan dibuat oleh kontraktor kerja penyelenggaraan (konsesi) tetapi oleh kontraktor lain yang telah dilantik.
"Jadi perkara tersebut telah diambil maklum oleh pihak JKR dan JKR telah mengarahkan pihak konsesi jalan untuk melakukan kerja pembaikan pada tahun ini juga," tegasnya.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan jalan berkenaan kembali rosak selepas kira-kira tiga minggu Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah melalui jalan tersebut.
Sebahagian jalan raya kini kembali seperti 'jalan ke bulan' apabila beberapa gambar keadaan jalan raya rosak dikongsikan pengguna di media sosial. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jalan rosak
#Jabatan Kerja Raya
#Yang di-Pertuan Agong
#Jalan Gum-Gum
#Shahelmey Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan