awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat

Bernama
Bernama
03/03/2025
14:29 MYT
Kualiti udara di Balok Baru direkodkan sangat tidak sihat
Wan Abdul Latiff berkata, JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
PUTRAJAYA: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Balok Baru, Kuantan direkodkan pada tahap 250 iaitu sangat tidak sihat setakat 4 petang tadi.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata keadaan itu disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa di Cherating, Kuantan.
"JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti pemantauan melalui darat dan udara dengan menggunakan dron serta memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.
"Koordinasi di antara agensi berkaitan bagi merancang kerja-kerja pemadaman dan kawalan kebakaran turut telah diadakan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Sementara itu, Wan Abdul Latiff berkata berdasarkan Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas ASEAN, selatan Asia Tenggara hari ini mengalami cuaca mendung di kebanyakan bahagian kecuali Semenanjung Malaysia dan utara Sumatera, Indonesia.
Beliau berkata beberapa kawasan panas terpencil dikesan di Semenanjung dan tengah Sumatera dengan kepulan asap setempat diperhatikan berpunca daripada titik panas yang dikesan di kawasan pantai timur Semenanjung.
Semua pemilik tanah turut dinasihatkan supaya memantau secara rapi kawasan yang mudah dan sering terbakar untuk mengelakkan kejadian pembakaran terbuka.
Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indeks Pencemaran Udara
#Balok Baru
#sangat tidak sihat
#kebakaran tanah gambur
#JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan