Kualiti udara di seluruh negara dijangka terus merosot berikutan lebih banyak asap jerebu dari Indonesia meliputi sebahagian besar Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan meningkatnya bilangan titik panas dikesan di Indonesia, khususnya di Kalimantan.
"Pemantauan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mendapati jumlah titik panas di Kalimantan terus meningkat dengan cerapan terbaharu mengesan 377 titik panas, berbanding 176 titik panas sebelum ini.
"Bagaimanapun, hanya tiga titik panas dikesan di Sumatera kerana cerapan tidak dibuat secara menyeluruh susulan diliputi awan," kata Wan Junaidi dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan itu mempengaruhi status kualiti udara yang tidak sihat di banyak kawasan di negara ini disebabkan tiupan angin dari arah barat daya masih berlaku yang membawa pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan.
"Peta ASMC menunjukkan sebahagian asap jerebu tebal dan sederhana dari Sumatera Tengah dan Selatan meliputi sebahagian Semenanjung Malaysia, manakala sebahagian asap jerebu tebal dan sederhana dari Kalimantan Tengah menghala ke barat Sarawak dan timur Sabah," katanya.
Wan Junaidi berkata, keadaan ini berterusan berlaku sejak beberapa hari lalu berikutan ribut tropika Koppu dan ribut tropika Champi masih aktif di Lautan Pasifik sehingga mempengaruhi corak tiupan angin di kawasan serantau negara ini.
"Pada masa sekarang, ribut tropika Koppu berada kira-kira 1,187 km ke arah utara timur laut Kudat, Sabah dan masih lagi berada di bahagian kepulauan Luzon dan dalam keadaan pegun, sebelum ia mula bergerak dengan perlahan ke arah barat barat laut menuju ke Taiwan.
"Ribut tropika Champi pula berada kira-kira 2,942 km ke timur timur laut Kudat, Sabah dan sedang bergerak ke arah utara dengan perlahan," katanya.
Beliau berkata, tiupan angin barat daya dengan kelajuan yang sederhana akan menyebabkan negara mengalami taburan hujan yang berkurangan.
Shuhami Zabri
Tue Oct 20 2015

Keadaan jerebu ini diburukkan lagi dengan meningkatnya bilangan titik panas dikesan di Indonesia, khususnya di Kalimantan. -Gambar hiasan

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

Niaga AWANI: Strategi dan peluang pelaburan dalam pasaran China
Di sebalik angka ini, UOB asset management percaya wujud peluang yang besar dalam pelaburan jangka panjang dalam syarikat terpilih dalam ekonomi baru di China. Ini melihat kepada kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat dan sokongan yang diberikan kepada 10 industri utama yang dikenal pasti dalam pelan ‘Made In China 2025’ Saksikan rakaman temubual saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Uobam (Malaysia), Lim Suet Ling

Niaga AWANI: Strategi sektor kewangan depani cabaran 2021
Kita ingin membincangkan kesan dan strategi PKP ini kepada ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa.

COVID-19: Britain umum denda mereka yang hadiri parti sosial di rumah
Britain mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

AWANI Ringkas: Pelan Dasar Digital ASEAN dilancar hari ini | Ipsos: Rakyat Malaysia paling resah ketika pandemik

AWANI Pagi: Umur 12 tahun mampu lukis gaya arkitek profesional
Baru berusia 12 tahun tetapi mempunyai kebolehan membuat lukisan senibina seperti arkitek. Itulah keunikan seorang bakat cilik, yang akan kami kongsikan kepada anda jam ini. Yang mana bakatnya di kesan apabila lukisan senibina umpama dilukis oleh arkitek profesional telah tular dan seterusnya pelajar tahun enam ini mendapat perhatian ramai. Kita terus ke Alor Setar Kedah bersama dua beranak ini Airiel Haziq yang berusia 12 tahun dan bapanya Mohd Hardy Ahmad.

COVID-19: Itali pertimbang fail saman terhadap Pfizer
Kelewatan pengedaran menyebabkan negara itu terpaksa mengurangkan pemberian vaksin daripada purata 80,000 sehari kepada 28,000 sehari.

Kualiti udara di seluruh negara dijangka terus merosot - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, keadaan itu diburukkan lagi dengan meningkatnya bilangan titik panas dikesan di Indonesia, khususnya di Kalimantan.

Tahukah anda apa kandungan asap jerebu?
Tahukah anda apakah kandungan asap jerebu serta beza antara zarah jerebu 10 mikron dan jirim zarahan, PM10 dan PM2.5?