Kuari bijih timah haram: 27 ditahan, rampasan bernilai RM28.73 juta

Rampasan melibatkan 4.5 tan bijih timah, 60 beg jumbo bahan mineral kasar, mesin pemprosesan dan jentera kuari. - Foto PGA
IPOH: Sebanyak 27 individu ditahan kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah tanpa permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa di Kampar, melibatkan anggaran nilai rampasan berjumlah RM28.73 juta, semalam.
Ringkasan AI
- 27 individu ditahan kerana melombong bijih timah tanpa permit di Kampar, termasuk warga tempatan dan warga asing dari China, Bangladesh dan Nepal; kegiatan haram ini dipercayai bermula sejak Julai 2024.
- Rampasan bernilai RM28.73 juta melibatkan 4.5 tan bijih timah, 60 beg jumbo bahan mineral kasar, mesin pemprosesan dan jentera kuari; seorang pengurus tapak warga China turut ditahan.
- Kes disiasat di bawah Kanun Tanah Negara dan Enakmen Mineral Perak 2003, dengan hukuman maksimum RM50,000 denda atau penjara lima tahun; pekerja asing disiasat di bawah Akta Imigresen kerana melanggar syarat pas.
"Rampasan pula melibatkan bijih timah dengan anggaran berat 4.5 tan, 60 beg jumbo berisi bahan mineral kasar dianggarkan 30 tan, pelbagai mesin memproses bijih timah dan jentera digunakan untuk kerja di kuari," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrum berkata serbuan dilakukan Cawangan Risik Briged Utara, PGA Ulu Kinta dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak menerusi Op Bersepadu Khazanah.
Beliau berkata siasatan bagi kesalahan perlombongan bijih timah secara haram dibuat mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Enakmen Mineral Perak 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan terhadap pekerja asing terlibat dibuat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat tinggal di Malaysia dan Seksyen 39B akta sama kerana melanggar syarat pas atau permit.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami