SIBU :Kuasa autonomi imigresen yang dimiliki Sarawak memainkan peranan penting dalam mengawal penularan pandemik COVID-19.
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kuasa yang dimiliki oleh negeri itu harus digunakan sebaik mungkin bagi menangani krisis pandemik dalam negara ini.
“JPBN Sarawak sangat tegas. Kita tidak membenarkan pendatang dari luar negara masuk ke Sarawak tanpa menjalani kuarantin.
“Mereka wajib menjalani ujian saringan supaya tidak menjejaskan kesihatan orang awam. Itu sebabnya kuasa autonomi imigresen penting buat Sarawak,” tegas Abang Johari.
Ujarnya, penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu ternyata memberi kesan positif kepada usaha mengekang kemasukan warga asing.
Beliau memberitahu, ia adalah merupakan langkah berjaga-jaga yang harus diambil bagi mengelak kenaikan mendadak jangkitan wabak tersebut.
“Sarawak bertanggungjawab memastikan rakyatnya sihat dan terlindung dari kawasan yang terjejas akibat COVID-19. Oleh, itu kuarantin wajib dan tatacara kemasukan ke negeri ini dilanjutkan sehingga 15 November 2020,” tambahnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu Gabungan Persatuan Cina (UCA) Bahagian Sibu di Sibu pada Rabu.
Menurut beliau, UCA banyak membantu dalam pembangunan komuniti Cina di Sarawak khususnya di Sibu.
Menerusinya, pembangunan ekonomi yang didominasi oleh komuniti itu dapat terus dipacu dengan pelbagai inisiatif yang dijalankan bersama kerajaan negeri. Sebagai contoh, sektor perniagaan di utara Sarawak.
Beliau turut berharap gabungan persatuan itu terus komited dalam usahanya memperkasakan kaum Cina di mana ia dapat memantapkan lagi pendapatan negeri tersebut.
Setakat ini, Sarawak mencatat 769 kes positif COVID secara keseluruhannya. Manakala, tiada pertambahan kes baharu yang dilaporkan pada Rabu.
Astro Awani
Wed Oct 21 2020

Langkah tegas yang diambil oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam mengawal kemasukan orang luar ke negeri itu adalah demi kebaikan rakyat. - Gambar Astro AWANI

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Operasi pemadaman kebakaran selesai selepas 5 hari
Selepas lima hari berdepan cabaran suhu panas dan cuaca terik melampau, operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kemunting, Jitra, berakhir pada Ahad. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon, operasi yang bermula sejak 3.30 petang Rabu lalu, berjaya dilakukan oleh anggotanya dari zon satu dengan melakukan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

Vaksinasi COVID-19 | Pengurusan, ahli gereja sambut baik vaksin
Pihak pengurusan dan ahli Gereja Anglikan Saint Patrick Tawau menyambut baik dan bersedia menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan. Rektor Gereja, Bishop John Yeo berkata semua ahli gereja perlu menerima suntikan vaksin tersebut kerana itu adalah langkah terbaik untuk melindungi diri daripada virus itu.

Rehat dan Rawat | Tempat 3R banyak manfaat pada penghantar makanan
Bagi para penghantar makanan, mereka akui pembinaan tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) itu akan memberi banyak manfaat kepada mereka. Jika sebelum ini hanya berteduh di bawah-bawah pokok atau hentian bas, pembinaan tempat itu memberi keselesaan kepada mereka.

Rehat dan Rawat | Tujuh tempat 3R dibina di Ipoh
Prihatin dengan kebajikan penghantar makanan, Kerajaan Negeri Perak membina tempat Rehat dan Rawat Rider (3R) yang lengkap dengan kemudahan ruang rehat, solat, tandas dan wifi percuma. Sebagai permulaan, sebanyak tujuh tempat 3R akan dibina di bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

Industri Ternakan | Fokus sector ruminan, jamin bekal makanan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan optimis mengembangkan industri ternakan ruminan bagi menjamin bekalan makanan dalam negara mencukupi. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata langkah yang dilakukan itu sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada daging import.

Lawatan PM | Muhyiddin, isteri tiba di Madinah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Madinah pada pukul 5.50 petang waktu tempatan untuk melakukan ziarah. Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz itu disambut oleh Timbalan Gabenor Madinah, Putera Saud Bin Khalid Al Faisal dan Duta Malaysia Ke Arab Saudi, Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

Kuasa autonomi imigresen Sarawak kawal penularan COVID-19
Penguatkuasaan secara tegas yang dilaksanakan ternyata memberi kesan positif dalam mengekang jangkitan virus berkenaan di negeri itu.