awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuasa pengampunan: Amanah sanjung tinggi titah Agong

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
05/09/2022
22:00 MYT
Kuasa pengampunan: Amanah sanjung tinggi titah Agong
Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang pada Isnin. -Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (Amanah) menyanjung tinggi titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya.
Menurut Naib Presiden Amanah, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, parti itu percaya Baginda akan terus mempertahankan prinsip ini dalam semua perkara khususnya ketika membuat keputusan selaku Ketua Negara demi kepentingan rakyat dan negara.
"Ini juga termasuk ketika mempertimbangkan rayuan pengampunan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijatuhi hukuman (penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana) bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh sembilan hakim iaitu seorang hakim Mahkamah Tinggi, tiga hakim Mahkamah Rayuan dan lima hakim Mahkamah Persekutuan," kata Hasanuddin.
Jelas Amanah, keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian buat mana-mana individu yang melakukan kesalahan.
Terdahulu, ketika menyampaikan titah Diraja pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Baginda berkata sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, ia bermakna penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.
BACA: Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenang - Agong
Ujar Al-Sultan Abdullah, prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan.
Berpandukan atas prinsip yang sama, Mahkamah Syariah juga, titah baginda, harus bijak menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak dalam menjatuhkan hukuman terutama melibatkan kes kekeluargaan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Naib Presiden Amanah
#Datuk Hasanuddin Mohd Yunus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan