awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuat kuasa hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah vandalisme - Lee Lam Thye

Bernama
Bernama
30/12/2018
21:24 MYT
Kuat kuasa hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah vandalisme - Lee Lam Thye
Menurut Lee, undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang dikuatkuasakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi dan efektif bagi menangani masalah itu. - Gambar hiasan
Kerajaan dicadang supaya melaksanakan hukuman khidmat masyarakat kepada mereka yang melakukan perbuatan vandalisme bagi menimbulkan rasa malu dan takut dalam kalangan pelaku.
Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan hukuman itu dilihat sebagai cara yang lebih berkesan berbanding hukuman lain terutama kompaun dan denda.
"Saya berharap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan bertindak memastikan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat oleh semua pihak berkuasa tempatan terhadap mereka yang melakukan vandalisme.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang dikuatkuasakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi dan efektif bagi menangani masalah itu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Lee menjelaskan, pada masa ini pesalah dikenakan hukuman mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan yang menyebabkan kerugian bernilai RM25 ke atas boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Menurut Lee, sudah tiba masanya untuk Akta Vandalisme diperkenalkan agar hukuman khidmat masyarakat diwajibkan manakala hukuman rotan dikenakan kepada pesalah tegar.
Beliau berkata langkah itu boleh dilaksanakan kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan yang melarang pekerjaaan secara paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas.
"Mereka yang didapati bersalah melakukan sebarang perbuatan vandalisme hendaklah melakukan khidmat masyarakat mengikut bilangan jam yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa berkenaan.
"Ia merupakan hukuman yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat yang menerima kesan akibat tindakan pelaku.
"Hakim selalunya memerintahkan pesalah melakukan khidmat masyarakat sebagai tambahan atau ganti kepada hukuman lain, seperti penjara atau denda," katanya.
Beliau berkata, meskipun tahap vandalisme di negara ini tidak begitu membimbangkan, namun tahap kerosakan kemudahan awam adalah serius dan menjadi ancaman sosial sekali gus mewajarkan undang-undang ketat untuk menangani masalah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hukuman
#jenayah
#khidmat masyarakat
#kompaun
#Lee Lam Thye
#malu
#pihak berkuasa tempatan
#rotan
#takut
#undang-undang kecil
#Vandalisme
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan