RANTAU PANJANG: Kuih kuba guling yang pernah terkenal sekitar tahun 2016, kembali dicari peminatnya selepas sepi hampir tiga tahun akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kuih yang namanya bermaksud 'kerbau berguling' dalam dialek Kelantan ini, atau nama lainnya koleh hitam, kini mendapat tempat semula di bazar Ramadan seluruh Kelantan.
Jika sepanjang dua tahun lalu pengedaran kuih ini terhalang kerana larangan rentas daerah, tahun ini kuba guling boleh didapati di hampir semua bazar, termasuk di luar Kelantan.
Kuih buatan legasi Wan Ali dari Rantau Panjang ini mempunyai rasa berlainan dari juadah tempatan lain, dengan resipi gabungan selatan Thailand.
Menurut peniaga asalnya, Wan Arif Wan Ali, 40 tahun, kuih tradisional itu berasal dari Thailand tetapi melalui pengubahsuaian resipi yang diadun arwah ayahnya.
"Saya lihat 'trend' pembeli dan permintaan, ia masih sama seperti dulu. Malah, jualan 100 talam habis dalam masa dua jam sahaja," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui baru-baru ini.
Menurutnya, selepas tular di media sosial beberapa tahun lalu, kuba guling diusahakan bersama adik- beradiknya dengan membuka empat cawangan - masing masing dua di Rantau Panjang, satu di Kota Bharu dan satu di Kuantan, Pahang.
"Kami menggunakan resipi asal daripada arwah ayah seperti yang diusahakannya sejak 32 tahun lalu, dan lakukan penambahbaikan, supaya rasanya lebih lembut, berlemak dan tidak jemu untuk dinikmati," katanya
Kuih kuba guling dibuat menggunakan bahan-bahan seperti tepung beras, gula, tepung jagung, kapur, beras pulut dan santan.
Katanya, warna kuih yang kehitaman pekat itu tidak menggunakan pewarna yang dijual. Sebaliknya, ia dihasilkan menggunakan air dari tempurung kelapa yang dibakar.
"Istimewa kuba guling ialah, tekstur dan warna hitam pekat asli dari air tapisan tempurung kelapa yang dibakar, iaitu tempurung bersih," tambahnya.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Wan Arif mengakui, ramai juga pembeli dari luar Rantau Panjang yang sanggup datang ke daerah itu semata-mata untuk mencari kuih kuba guling yang asli.
Harga sehiris kuih kuba guling ialah RM1.
Kuih kuba guling warisannya menggunakan parutan kelapa yang tidak terlalu tua.
Mengulas mengenai perancangan masa depan, Wan Arif berkata, dia masih memikirkan cara untuk mengembangkan penjualan kuih tersebut ke seluruh negara selepas ini.
"Ramai yang meminta supaya dikembangkan ke seluruh negara. Jadi, saya juga mahu mengembangkan penjualannya dengan lebih meluas lagi.
"Cuma, sekarang ini, saya masih mencari formula supaya kuih ini dapat bertahan dengan lebih lama, tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet," katanya.
Wana Abd Rahman
Tue Apr 12 2022
Keistimewaan kuih kuba guling legasi Wan Ali dari Rantau Panjang ini ialah tekstur dan warna hitam pekat aslinya yang dibuat menggunakan air tapisan tempurung kelapa yang dibakar. - Foto Astro AWANI
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Kuba guling tular kembali di bazar Ramadan seluruh Kelantan
Sepanjang dua tahun lalu pengedaran kuih ini terhalang kerana larangan rentas daerah, kini ia kembali tular.