Sebuah kubu perlindungan bawah tanah ditemui berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, dipercayai dibina tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Kubu itu berkeluasan kira-kira 9x9 meter dengan ketinggian 2.5 meter dan boleh memuatkan antara 30 dan 40 orang pada satu-satu masa.
Ketua Penyelidik Malaya Historical Group, Shaharom Ahmad berkata, kubu itu ditemui pihaknya pada Rabu ketika membuat kajian sejarah di sekitar kawasan lapangan terbang berkenaan.
Menurutnya, berdasarkan kajian awal, kubu tersebut dibina sekitar tahun 1940 dan 1941 oleh kontraktor dari negara China, bagi membolehkan tentera British berlindung daripada serangan udara tentera Jepun.
Sehubungan itu, kata Shaharom, pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa, khususnya Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Majlis Bandaraya Ipoh dan Persatuan Warisan Perak untuk tindakan selanjutnya.
“Kita akan mengenalpasti tindakan selanjutnya untuk kita buat dengan kubu perlindungan bawah tanah ini, untuk kita bangunkan sebagai satu aset pelancongan negeri Perak.
"Sebab, kawasan ini adalah strategik untuk kita bangunkan sebagai satu hub pelancongan 'military historical',” katanya kepada pemberita ketika menunjukkan lokasi kubu itu di sini, hari ini.
Menurut Shaharom, selain daripada kubu perlindungan itu, terdapat satu bunker dan dua kubu pertahanan yang terletak di dalam kawasan keselamatan LTSAS.
Beliau memberitahu, kubu perlindungan bawah tanah itu adalah yang pertama ditemui pihaknya di Malaysia, di samping antara 40 dan 50 lagi kubu pertahanan yang ditemui di beberapa negeri seperti di Kelantan dan Kedah.
Sementara itu, Pengurus LTSAS Mohd Ali Osman menyatakan kesediaan untuk bekerjasama memelihara kubu tersebut bagi meningkatkan industri pelancongan di negeri Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 29 2017
Shaharom (gambar) berkata pihaknya akan mengenalpasti tindakan selanjutnya yang akan diambil berhubung kubu perlindungan bawah tanah yang ditemui itu. - Astro AWANI
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Krisis Rusia-Ukraine: Bayi dipindah ke pusat penjagaan bawah tanah
Kebanyakan ibu bapa kepada bayi tersebut berada di luar negara dan tidak dapat bersama anak mereka susulan pertempuran yang berlaku.
Pusat hiburan bawah tanah, 58 pengunjung ditahan
Kira-kira 58 individu termasuk 22 wanita warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan bawah tanah di Jalan Pudu malam tadi.
Kaji guna sumber air bawah tanah - Xavier
Terdapat antara tiga hingga lima trilion meter padu sumber air bawah tanah di seluruh negara ketika ini dan Kelantan menjadi satu-satunya negeri yang menggunakan sumber air bawah tanah.
Dua sepupu lelaki dan dua wanita ditemui mati
Empat termasuk dua wanita ditembak mati di tingkat bawah tanag sebuah rumah yang sedang diubah suai di Philadelphia pada Isnin.
Pembinaan MRT2 berjalan seperti biasa meskipun kontrak dinilai semula
Pekerja MMC-Gamuda KVMRT tidak menghiraukan sebarang khabar angin mengenai projek tersebut dan memutuskan untuk terus bekerja seperti biasa.
Kubu perlindungan bawah tanah ditemui dekat LTSAS di Ipoh
Kubu itu berkeluasan kira-kira 9x9 meter dengan ketinggian 2.5 meter dan boleh memuatkan antara 30 dan 40 orang pada satu-satu masa.