awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuching memerlukan lapangan terbang yang lebih besar - KM Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2020
07:10 MYT
Kuching memerlukan lapangan terbang yang lebih besar - KM Sarawak
Inisiatif ini sebagai persediaan menampung jumlah penerbangan dan kemasukan pelancong yang dijangka terus meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Sarawak terus melangkah ke hadapan bagi mendepani cabaran pasca COVID-19 melalui perancangan pembinaan lapangan terbang yang lebih besar di Kuching.
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu adalah sebagai persediaan menampung jumlah penerbangan dan kemasukan pelancong yang dijangka meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang.
Tambahnya, inisiatif itu sedang dikaji oleh pakar dalam pembangunan lapangan terbang.
“Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini sudah sesak dan pastinya dalam tempoh dua tahun akan datang, KIA tidak akan mampu menampung kemasukan pelancong yang lebih ramai.
“Jadi kita perlu merancang sekarang dan perkara ini masih dalam perbincangan. Kerajaan negeri sedang meneliti perkara ini sebagai persediaan menerima kedatangan pelancong pasca COVID-19,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi webinar anjuran Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) pada Isnin.
Topic Berkaitan
#lapangan terbang di Kuching
#pelancong di Kuching
#jumlah pelancong ke Sarawak
#strategi pelancongan Sarawak
#jumlah penerbangan ke Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan