NANA – bukan nama seorang ‘penyanyi’ atau jiran rumah kita.
Tetapi, itulah panggilan manja untuk seekor kucing jantan yang tinggal di Kampung Paloh, Tanah Merah, Kelantan.
Kucing ini bukan baka Persia, tidak juga kucing ‘Scottish Fold’, malah jauh sekali baka kucing biru Rusia – yang mungkin menjadi ‘kegilaan’ ramai pengemar haiwan karnivor ini.
Bukan soal baka kucing yang mahu kita perkatakan, namun kasih sayang haiwan ini kepada pemiliknya.
Mungkin ramai dalam kalangan kita tahu kisah kesetiaan seekor anjing di Jepun bernama Hachiko – yang tidak jemu menunggu tuannya di stesen Shibuya, Tokyo selama hampir 10 tahun selepas kematian pemiliknya pada tahun 1925.
Malah, kerajaan Jepun turut membina tugu di depan stesen tersebut sebagai mengenang haiwan itu.
Di Malaysia, tidak mustahil kisah Nana boleh menjadi sehebat Hachiko!
Sejak pemergian tuannya pada Julai 2018, setiap pagi si comel berwarna oren ini akan menziarahi pusara Allahyarham Ab Aziz Ismail yang terletak kira-kira lima meter dari rumah arwah.
Tiada siapa yang dapat memahami apa yang terbuku di lubuk hati haiwan ini.
Ia seolah-oleh memikul beban rindu yang sangat berat kepada Allahyarham Ab Aziz yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Lebih menyentuh hati, dalam tempoh tiga bulan pemergian arwah Ab Aziz, Nana dikatakan hilang selera makan – barangkali masih bersedih dengan kehilangan penjaganya itu.
Berkongsi cerita, isteri Allahyarham, Hasnah Che Amat, 68, berkata, selama 40 hari dari hari kematian suaminya, beliau sekeluarga akan ke kubur untuk membacakan Yasin.
Biasanya, Nana akan sampai terlebih dahulu di kawasan kubur dan duduk di bahagian kepala kubur arwah.
“Bermula dari situ kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan arwah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah kubur, dia dah ada… dia ikut sekali.
“Pada satu hari itu, saya balik sembahyang Subuh, masuk dapur dalam pukul 8 pagi. Nampak dia (Nana) naik atas rumah dalam keadaan basah.
“Kadang-kadang, saya intai melalui tingkap, nampak dia (di kubur)… tak tahu pukul berapa ia pergi,” katanya.
Nana dijaga oleh keluarga itu sejak enam tahun lalu dan menjadi haiwan kesayangan Allahyarham Ab Aziz.
Jelas Hasnah, sepanjang hayat suaminya, Nana begitu manja dengan Allahyarham dan setia menunggu kepulangan Ab Aziz di pagar rumah setiap kali arwah keluar menunaikan solat Subuh di masjid.
Tambah ibu kepada lapan cahaya mata itu lagi, beliau tidak menyangka minat arwah suami memelihara pelbagai jenis haiwan, nyata mampu menunjukkan sesuatu yang luar biasa walaupun sudah pergi buat selama-lamanya.
Selain menziarah kubur, kucing jantan baka tempatan ini turut menghabiskan masa di atas kereta peninggalan arwah Ab Aziz, selain buaian yang menjadi tempat kegemaran arwah.
Kini, walaupun keluarga Hasnah hanya menziarahi kubur seminggu sekali, tetapi kucing jantan ini masih meneruskan rutinnya setiap pagi.
Nana akan menghabiskan masa duduk di tepi kubur ataupun tidur di kawasan berkenaan. Begitulah gambaran besarnya kasih kucing ini kepada Allahyarham!
Di sebalik peningkatan kes penderaan haiwan, semoga kisah Nana boleh dijadikan pengajaran kepada kita dan bukti bahawa kasih-sayang kepada makhluk ciptaan Tuhan adalah perlu.
______________________________________________________________________________________
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Muhafandi Muhamad, Hasimi Muhamad
Sat Oct 10 2020
Sejak dua tahun lalu, Nana akan duduk di sebelah kubur Allahyarham Ab Aziz, setiap hari - Gambar Astro AWANI
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Kucing juga ada perasaan, setiap hari selama dua tahun ulang-alik ke kubur tuannya...
Kasih si comel! Kucing jantan ini seolah menanggung beban rindu yang sangat berat terhadap Allahyarham Ab Aziz.