KUANTAN: 'Maaf, ini kudrat orang pencen' antara ungkapan yang kerap keluar daripada mulut ahli Team Amal Jembara Al-Falah (Jembara) setiap kali mereka selesai membantu mencuci rumah mangsa banjir di Kuantan sejak air surut beberapa hari lepas.
Pengerusinya Abdul Rahim Othman, 61, berkata mereka yang terdiri daripada pesara kerajaan dan swasta berusia lingkungan 55 hingga 70 tahun, cuba membantu setakat termampu dan berharap usaha kecil itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa banjir.
"Kudrat kami mungkin tidak sekuat orang muda tetapi semangat membantu tetap kuat... sebab itu kami mencari rumah yang memerlukan bantuan mencuci yang terdiri daripada saudara-mara ahli, orang susah, ibu tunggal atau mereka yang tidak mempunyai ahli keluarga ramai.
"Senarai rumah yang perlu dibantu diketahui dengan bertanya kepada orang ramai selain ada yang menghantar mesej di akaun Facebook ahli apabila melihat gambar-gambar kami 'beraksi'," katanya semasa ditemui Bernama di sini hari ini.
Sambil berseloroh Abdul Rahim menambah, membersihkan rumah selepas banjir merupakan 'cara mereka bersenam' memandangkan semua 50 ahli Jembara tidak betah duduk diam disebabkan sudah biasa melakukan aktiviti outdoor seperti mendaki, memancing dan berkhemah.
Kelab Jembara juga, menurut Abdul Rahim lebih selesa 'bergerak' sendiri tanpa menerima sumbangan orang ramai bagi mengelak timbul perkara berbangkit di kemudian hari, menyebabkan mereka menggunakan wang kelab yang turut meliputi keuntungan gerai makanan yang diusahakan bersama di Sungai Isap di sini.
Setakat ini, hanya seorang individu sahaja yang berjaya memujuk Kelab Jembara untuk menerima sumbangan dan wang itu digunakan untuk membeli penyembur air bagi meringankan tugasan mencuci, terutamanya di rumah yang dinaiki lumpur tebal.
"Kami biasanya memulakan kerja pada jam 9 pagi kerana semuanya perlu selesai sebelum 12 tengah hari... bukan apa, ada bilal masjid dalam kalangan ahli menyebabkan kami perlu mengejar waktu sebelum azan zuhur," katanya.
Abdul Rahim berkata inisiatif membantu kerja pembersihan itu bermula awal tahun ini, apabila mereka tersentuh melihat gambar kesan banjir teruk di daerah Maran dan Pekan, menyebabkan mereka mengeluarkan wang sendiri untuk membeli kelengkapan membersih sebelum bergerak ke daerah terlibat.
Bagaimanapun, semasa itu tumpuan diberikan kepada masjid dan surau, kerana orang tempatan perlu mengutamakan rumah sendiri selepas banjir surut, sedangkan kerja pembersihan lebih mudah dilakukan jika lumpur belum kering sepenuhnya.
"Tanpa disangka, banjir tahun ini berlaku dua kali. Memandangkan kami sudah mempunyai aset untuk membersih, lebih baik kami teruskan usaha membantu orang dalam kesusahan. Walaupun penat, ucapan terima kasih daripada tuan rumah selepas itu membuatkan kami puas hati dengan apa yang dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 25 2021
Kelab Jembara lebih selesa 'bergerak' sendiri tanpa menerima sumbangan orang ramai bagi mengelak masalah. - Gambar/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.