KUALA LUMPUR: Malaysia ternyata sebuah negara yang unik dan istimewa.
Memiliki kepelbagaian termasuk kaum, agama, budaya dan bahasa, pastinya satu cabaran besar untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sepanjang masa hidup dengan penuh harmoni.
Namun ini tidak bermakna rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India tidak berupaya untuk mencari titik persamaan dalam kalangan mereka. Begitu juga jalinan kemesraan dengan kumpulan etnik lain.
Bahkan boleh dikatakan rakyat Malaysia sangat bertuah kerana masih dapat menyantuni perbezaan kepelbagaian sejak negara mengibarkan bendera kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957.
Kesepaduan masyarakat majmuk di negara ini diperkukuhkan dengan semangat Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 Oktober 2021.
Ketika berucap di majlis pelancaran Keluarga Malaysia itu, beliau menegaskan bahawa "Idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh kerajaan hari ini bukan retorik atau slogan semata-mata, tetapi ia merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara, di mana kepentingan dan kesejahteraan rakyat dipelihara seperti menjaga sebuah keluarga. "
RAKYAT MALAYSIA UNIK
Bagi aktivis masyarakat, Chong Choon Hau, 37, hidup dalam kalangan masyarakat silang budaya dan etnik memberi 'warna' dan menonjolkan keunikan tersendiri rakyat Malaysia.
Beliau berkata, agenda dan dasar kerajaan yang mahukan perpaduan dalam kalangan masyarakat terus terpelihara menjadi kunci keamanan negara dapat dikekalkan sehingga ke hari ini.
"Seperti saya, walaupun saya orang Cina tetapi majoriti rakan saya orang Melayu selain Cina, India dan kaum lain.
"Saya juga membesar dalam suasana di kelilingi kaum lain, dan saya selesa berkawan dengan mereka,'' kata anak jati Temerloh, Pahang ini.
Chong atau mesra disapa Ah Hau yang menjadi aktivis dan sukarelawan sejak tahun 2009 berkata, beliau turut berbangga kerana mempunyai rakan daripada pelbagai latar belakang yang tidak lokek menghulurkan tangan di saat dirinya memerlukan bantuan untuk menyempurnakan kerja sukarelawannya.
Menurut beliau, rakan turut menjadi tulang belakang apabila beliau turun padang dalam setiap misi bantuan yang disertainya.
"Ada misi bantuan yang saya gerakkan sendiri. Contohnya, ketika membantu mangsa banjir di sekitar Pahang atau negeri lain termasuk Kelantan, saya tidak akan risau bagaimana untuk mendapatkan bantuan kerana saya dikelilingi rakan yang sentiasa berlapang dada untuk membantu saya.
"Mereka ini bukan sahaja akan menghulurkan bantuan daripada segi kewangan malah juga tenaga... pembabitan mereka banyak memudahkan kerja kesukarelawanan saya,'' katanya sambil menambah, beliau tidak pernah membezakan kaum, agama mahupun latar belakang individu dalam menyalurkan bantuan.
"Ada juga suara yang tidak senang dengan tindakan saya sehingga mempersoalkan kenapa perlu saya salurkan bantuan, kerajaankan ada biarlah kerajaan yang tolong.
"Tetapi bagi saya, selagi ada kudrat kenapa bukan kita yang ke depan, jika semua harapkan kerajaan jadi apa pula tugas kita sebagai anggota masyarakat,'' katanya.
KUKUH PERPADUAN
Tidak hanya terhad membantu golongan susah dan memerlukan, Chong turut berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sebuah sekolah di Lancang, Pahang. Beliau mengajar bahasa Mandarin untuk pelajar Melayu di sekolah berkenaan.
"Ia bermula dua tahun lepas apabila ada seorang guru sekolah itu datang kepada saya dan bertanya sama ada saya mahu mengajar bahasa Mandarin.
"Saya tidak berfikir panjang kerana bagi saya perkara yang baik. Banyak kelebihan apabila kita boleh memahami bahasa kaum lain...saya sendiri ambil inisiatif mempelajari bahasa dan budaya kaum lain. Contohnya, saya turut sama meraikan bulan Ramadan dengan mengagihkan bubur lambuk kepada orang Melayu di kawasan saya,'' katanya.
Bagi Chong, demi memelihara keamanan negara, semangat perpaduan dalam kalangan rakyat perlu kekal utuh seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'.
"Kita kena pegang pada pepatah orang lama 'bersatu teguh bercerai roboh' dan sematkan dalam jiwa...itulah sebenarnya kunci keamanan negara,'' katanya.
KEKELUARGAAN DAN KASIH SAYANG
Bagi Dr Siti Hajar Md Hanif, 36, pula, semangat kekeluargaan dan kasih sayang perlu disemai bagi mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
Mengambil contoh dirinya sendiri yang berkahwin dengan lelaki Cina, Siti Hajar mengakui dapat belajar berbagai bahasa dan budaya yang memberi kelebihan kepada dirinya.
"Bapa mentua saya orang Cina dan beragama Kristian manakala ibu mentua pula orang India dan beragama Hindu...apabila kita faham budaya dan agama masing-masing, tiada masalah dan ia menjadikan hubungan kami lebih akrab.
"Kita perlu belajar menerima budaya orang lain selagi tidak melanggar hukum agama dan pada masa hormatlah antara satu sama lain,'' katanya yang bertugas di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, kisah keluarga Dr Siti Hajar mendapat perhatian apabila pada April lepas, beliau memuat naik klip video menerusi akaun Tik Tok miliknya, mengenai ibu mentuanya yang sudi memasak juadah berbuka puasa walaupun wanita itu tidak berpuasa.
Perkongsian klip video itu meraih 1.3 juta tontonan dan warga net turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur melihat hubungan akrab Dr Siti Hajar dan ibu mentuanya meskipun berbeza agama.
"Ketika itu saya sedang hamil anak ketiga dan mengidam untuk makan nasi tomato ketika berbuka puasa, hasrat itu saya luahkan pada ibu (mentua) dan beliau segera sediakan nasi tomato untuk saya,'' katanya.
RAIKAN PERBEZAAN
Kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu lagi, berkahwin campur turut mendedahkannya kepada pengalaman baharu termasuk meraikan perayaan yang berbeza selain dapat berkomunikasi lebih daripada satu bahasa.
"Bahasa pertuturan sebahagian besarnya bahasa Inggeris, Hakka dan Bahasa Melayu. Bahasa lain yang diajar di rumah adalah Mandarin dan Tamil.
"Tamil lebih banyak digunakan apabila anak-anak saya bersama nenek mereka (ibu mentua). Saya ikut belajar bahasa Hakka kerana ia digunakan apabila pulang ke kampung suami di Perak,'' katanya.
Menurut Dr Siti Hajar, beliau juga secara peribadi tidak pernah menghalang suami meneruskan budayanya termasuk menggunakan chopstick ketika makan mahupun menghiasi rumah dengan tanglong ketika perayaan Tahun Baru Cina.
''Kami sekeluarga meraikan setiap perayaan termasuk Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Bagi saya perbezaan agama dan bangsa tiada masalah kerana saya diajar tentang perpaduan kaum sejak dari sekolah lagi.
''Apa yang penting jangan bahaskan isu yang menyentuh sensitiviti agama kerana setiap individu menpunyai kepercayaan mereka masing-masing. Sekiranya kita jaga perkara ini, pasti rakyat Malaysia boleh duduk semeja sebagai satu keluarga yang baik,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana masih dapat menyantuni perbezaan dan kepelbagaian sejak negara mengibarkan bendera kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. - Gambar hiasan/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
LIAM gesa rakyat Malaysia dapatkan perlindungan insurans
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat berikutan trend pembayaran tuntutan yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga rakyat Malaysia kayuh basikal tiba di Madinah
Ahmad Mohd Isa, Noradilah Mohd Sapie dan Abdul Halim Talha tiba di destinasi selepas menempuh perjalanan sejauh 12,000km.
Peranan Kementerian Komunikasi salur dasar kerajaan terus ditambah baik - Teo
Kementerian Komunikasi akan terus menambah baik peranan mereka dalam menyampaikan maklumat berhubung dasar dan polisi Kerajaan Madani kepada rakyat Malaysia.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah
Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel.
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
NC4 beri amaran ancaman serangan siber terhadap pengguna Apple
NC4 dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Air mata di Aidilfitri, jenazah Wan Nur Adlina Alisa selamat dikebumi
Tiada yang lebih menyedihkan bagi keluarga Wan Nur Adlina Alisa apabila terpaksa menyambut Aidilfitri dalam keadaan hiba apabila menerima jenazahnya, sebelum mengebumikannya.