Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Itali tidak benar pesawat pengebom AS mendarat

A U.S. Air Force KC-135 Stratotanker aircraft refuels a B-52H Stratofortress bomber during the Operation Epic Fury attack on Iran over the U.S. Central Command area of responsibility, March 20, 2026. U.S. Air Force/Handout via REUTERS. THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY TPX IMAGES OF THE DAY
Menurut laporan akhbar tempatan, Corriere della Sera hari ini, beberapa pesawat berkenaan dijadual mendarat sebelum meneruskan penerbangan ke rantau Asia Barat. - Gambar fail/ Reuters

ROM: Itali dilaporkan menolak permohonan pesawat pengebom tentera Amerika Syarikat untuk mendarat di pangkalan udara Sigonella di Sicily.

Menurut laporan akhbar tempatan, Corriere della Sera hari ini, beberapa pesawat berkenaan dijadual mendarat sebelum meneruskan penerbangan ke rantau Asia Barat.

Advertisement

Laporan itu, yang turut memetik sumber, mengesahkan perkara berkenaan namun tidak memperincikan jumlah pesawat terlibat serta waktu permohonan tersebut ditolak.

Tambahnya, keputusan tersebut dibuat atas alasan  pihak Amerika Syarikat didakwa tidak memohon kelulusan rasmi.

Keputusan itu dibuat kerana pihak Amerika Syarikat didakwa tidak memohon kelulusan rasmi, selain kepimpinan tentera Itali tidak dirujuk seperti ditetapkan dalam perjanjian penggunaan pangkalan tentera AS di negara itu.

Setakat ini, Kementerian Pertahanan Itali belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, parti pembangkang berhaluan kiri menggesa kerajaan agar menyekat penggunaan pangkalan Itali oleh Amerika Syarikat bagi mengelakkan negara itu terheret dalam konflik.

Pada masa sama, Perdana Menteri Giorgia Meloni  turut menyatakan desakan sedemikian akan dibawa untuk kelulusan Parlimen.

Untuk rekod tindakan Itali dibuat sehari selepas Menteri Pertahanan Sepanyol, Margarita Robles bertindak menutup ruang udara kepada pesawat AS yang terlibat dalam serangan ke atas Iran.

 


 

Must Watch Video