KUALA LUMPUR: Kumpulan pop rock British The 1975 yang mencipta kontroversi di konsert Good Vibes Asia 2023 di Sepang, Selangor  bulan lepas, diarahkan untuk untuk membayar denda RM12.3 juta (£ 2,099,154.54) kepada penganjur konsert, Future Sound Asia.

Memetik laporan portal Malaysiakini, peguam penganjur, David Dinesh Matthew berkata, arahan itu dilakukan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.

Memetik kandungan surat tuntutan tersebut, laporan itu menyebut - Sekiranya kumpulan itu gagal mematuhi surat undang-undang yang dikeluarkan pada Isnin, oleh Future Sound Asia - yang menyaksikan konsert itu dibatalkan berikutan insiden tersebut - mereka akan dihadapkan ke mahkamah sivil di United Kingdom.

“Tuntutan oleh Future Sound Asia pada asasnya ialah The 1975 telah melanggar kewajipannya di bawah kontrak untuk membuat persembahan.

“Yang penting, wakil penyanyi utama (kumpulan itu) Matt Healy memberi jaminan bertulis sebelum persembahan. Bahawa kumpulan itu akan mematuhi jaminan tersebut, iaitu mereka 'akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan tempatan'.

"Ini adalah jaminan bertulis yang diberikan oleh penganjur Future Sound Asia, dan tuntutan itu atas pelanggaran jaminan berkenaan," kata Dinesh seperti dilaporkan Malaysiakini.

Pada 22 Julai lepas, media melaporkan media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).