MALAYSIA
Kumpulan Global Sumud Flotilla mula memasuki zon kuning pada 9:30 malam waktu Malaysia

Aktivis dan peserta Global Sumud Flotilla mula memasuki zon kuning untuk meneruskan perjalanan bagi menghantar bantuan ke Gaza. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Aktivis dan peserta Global Sumud Flotilla mula memasuki zon kuning untuk meneruskan perjalanan bagi menghantar bantuan ke Gaza.
Ringkasan AI
- Global Sumud Flotilla (GSF) mula memasuki zon kuning, iaitu kawasan berjaga-jaga 300 batu nautika dari Gaza.
- Kapal pertama disahkan melepasi zon tersebut pada jam 9:30 malam waktu Malaysia.
- GSF bawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dengan 34 rakyat Malaysia turut serta.
Zon kuning merupakan zon pada jarak 300 batu nautika dari Gaza di mana ia merupakan zon berjaga-jaga untuk semua peserta GSF.
GSF yang membawa bantuan kemanusiaan meliputi bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dengan peserta terdiri daripada sukarelawan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.
Untuk rekod, seramai 34 rakyat Malaysia berada di atas beberapa kapal dalam flotila itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami