MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 September 2025.
Seorang pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Kerajaan bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang akan memperluaskan lagi perlindungan kepada pekerja di luar waktu bekerja, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan meninjau raptai penuh istiadat perarakan pernikahan baginda, pada Isnin.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengetuai senarai 803 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, pada Isnin.
Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan caj kemasukan ke kota bagi kenderaan persendirian kerana ia boleh membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seramai lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Bebas bagi menyemak laporan siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, yang dipengerusikan Felo Penyelidik Kanan Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Khamarrul Azahari Razak.
Wan Saiful Wan Jan seharusnya membersihkan diri di hadapan Lembaga Disiplin, bukan dalam sidang media, kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Bayi lelaki berusia setahun yang maut akibat tercampak keluar dari kenderaan dalam nahas di Plaza Tol Bukit Kajang pada Sabtu lalu didapati tidak diletakkan di dalam kerusi kanak-kanak.
9. Inkues: Zara Qairina dipanggil ke dorm senior berkaitan dakwaan curi malam sebelum tragedi - Saksi
Saksi ke-14 yang merupakan saksi pelajar keenam, menyatakan di Mahkamah Koroner di sini, hari ini, bahawa kemungkinan punca Zara Qairina Mahathir ditemui di tingkat bawah asrama pada pagi 16 Julai lalu ada kaitan dengan tuduhan mencuri pada malam sebelum kejadian.
Projek rintis pelantikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai warden di dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang bermula Ogos lepas, berpotensi diperluas ke seluruh negara sekiranya penilaian enam bulan pelaksanaannya menunjukkan hasil positif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami