awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan pecah rumah 'Geng Country Homes' tumpas

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2019
12:07 MYT
Kumpulan pecah rumah 'Geng Country Homes' tumpas
Mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Country Homes itu disyaki aktif melakukan jenayah terbabit di sekitar Bandar Country Homes sejak awal tahun ini. - Foto Astro AWANI
Satu kumpulan ‘geng pecah rumah’ yang didalangi 6 lelaki tempatan akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam beberapa siri serbuan di sekitar Rawang Isnin lalu.
Mereka yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Country Homes’ itu disyaki aktif melakukan jenayah terbabit di sekitar Bandar Country Homes sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata hasil dari jenayah itu kumpulan terbabit dipercayai mendapatkan bekalan dadah dan belanja harian dengan menjual barang pecah rumah.
Siasatan awal mendapati tiga daripada suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Kegiatan itu diketuai oleh lelaki bernama Jason dan empat rakan jenayah menyasarkan rumah teres.
“Ketua kumpulan samun ini seorang lelaki dikenali sebagai Jason maka siasatan mendapati suspek melakukan jenayah pecah rumah bersama empat rakan jenayah dan kawasan tumpuan mereka adalah di kawasan taman-taman perumahan dan rumah teres.
“Selepas melakukan jenayah mereka akan menjual barangan tersebut di kedai barangan terpakai dan juga kenalan mereka. Hasil jualan dalam lingkungan RM100 hingga RM300 dan digunakan untuk membeli dadah,” katanya.
Dalam serbuan itu sejumlah barangan pecah rumah dan samun dirampas bernilai hampir RM30 ribu.
Polis kini memburu dua lagi rakan sejenayah yang disyaki masih berada di kawasan Lembah Klang.
Suspek direman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Geng Country Homes
#geng pecah rumah
#jenayah
#Ketua Polis Daerah Gombak
#Klang
#polis
#Rawang
#Samsor Maarof
#samun
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan