Isteri kepada salah seorang daripada dua mangsa culik warga asing yang diculik di perairan Pulau Gaya, Semporna pada 11 September lalu telah menerima panggilan menuntut wang tebusan berjumlah RM4 juta.
Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, isteri mangsa yang berada di Sulawesi, Indonesia telah menerima panggilan itu pada 18 September lalu pada jam 10.24 pagi.
Menurut beliau, tidak ada tempoh tertentu yang telah ditetapkan oleh untuk membuat pembayaran dan ketika panggilan dibuat tidak berlaku sebarang unsur ugutan.
"Kita percaya panggilan itu dibuat di Filipina susulan suspek menggunakan 'nombor antarabangsa' menghubungi isteri mangsa dan ketika panggilan dibuat suspek hanya meminta wanita itu menyediakan wang tebusan selain tidak menetapkan tempoh pembayaran perlu dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Upacara Perbarisan dan Amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.
Pada 11 Sept lalu, dua nelayan warga Indonesia berusia 30-an diculik oleh dua lelaki bersenjata ketika sedang menangkap ikan di Pulau Bodgaya, Semporna kira-kira 12.30 tengah malam.
Dalam pada itu, Omar berkata berikutan kejadian dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) yang ditembak mati pada 21 Sept lalu, polis turut menerima beberapa maklumat daripada nelayan yang melihat pergerakan pam bot disyaki sebagai tali barut.
Oleh itu, Omar berkata kawalan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah akan diperketatkan bagi membanteras jenayah rentas sempadan.
-- BERNAMA
Leolerry Lajius
Tue Sep 25 2018
Omar bercakap pada sidang media selepas Upacara Perbarisan dan Amanat Pesurujaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kepayan, Kota Kinabalu, hari ini. --fotoBERNAMA
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.