KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama penghantaran vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini, demikian menurut sebuah syarikat farmaseutikal.
Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan
"Kami menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk membantu membendung pandemik itu bagi membolehkan rakyat kembali hidup seperti biasa dan membuka laluan ke arah pemulihan ekonomi negara," menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.
Semalam, Vaksin COVID-19 AstraZeneca (AZD1222) telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat di Malaysia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi imunisasi aktif individu berusia 18 tahun dan ke atas bagi mencegah COVID-19.
Dr Sanjeev berkata kelulusan itu menandakan satu lagi pencapaian penting susulan perjanjian bersejarah dengan kerajaan Malaysia bagi membekalkan sejumlah 6.4 juta dos Vaksin COVID-19 AstraZeneca kepada jutaan rakyat di negara ini.
Beliau berkata kelulusan itu diberikan berdasarkan penyerahan yang merangkumi keputusan analisis interim program Fasa 3 yang dikendalikan Universiti Oxford dan diterbitkan dalam The Lancet pada 8 Dis tahun lepas.
Katanya kebenaran Malaysia adalah bagi dua regimen dos standard Vaksin COVID-19 AstraZeneca yang menunjukkan ujian klinikal mampu bertoleransi dan berkesan dalam mencegah gejala COVID-19 tanpa kes teruk dan dimasukkan ke hospital melebihi tempoh 14 hari selepas dos kedua.
"Hari ini adalah hari yang kita nanti-nantikan... pendaftaran bersyarat ini akan memberikan akses untuk jutaan rakyat Malaysia kepada vaksin AstraZeneca yang berkesan, bertoleransi dan mudah digunakan sebaik sahaja bekalan boleh didapati," katanya.
Dr Sanjeev berkata ujian klinikal mendapati ia adalah seratus peratus melindungi daripada penyakit yang teruk, dimasukkan ke hospital serta kematian, lebih 22 hari selepas pengambilan dos pertama yang menyaksikan setiap dos vaksin mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 76 peratus terhadap gejala COVID-19 dalam tempoh 90 hari pertama selepas vaksinasi.
Beliau berkata keberkesanan vaksin selepas pengambilan dos kedua lebih tinggi dalam tempoh lebih lama, mencapai 81.3 peratus dengan pengambilan dos selang 12 minggu atau lebih, dan penyelidikan turut menunjukkan bahawa ia mengurangkan jangkitan virus itu sebanyak 67 peratus.
"Vaksin itu boleh disimpan, diangkut dan ditangani dalam keadaan suhu sejuk yang biasa (dua hingga lapan darjah Celsius/36 hingga 46 darjah Fahrenheit) bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan... ia juga senang digunakan dalam keadaan penjagaan kesihatan yang sedia ada," katanya.
Beliau berkata vaksin itu telah mendapat kebenaran untuk digunakan di negara-negara Kesatuan Eropah, United Kingdom, Argentina, Republik Dominika, El Salvador, Mexico, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Oman, Mesir, Algeria, Maghribi dan benua Asia seperti India, Taiwan, Filipina, Thailand dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Pada 2 Mac, Vaksin COVID-19 AstraZeneca diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat di Malaysia oleh NPRA bagi imunisasi aktif individu berusia 18 tahun dan ke atas. - Gambar fail

Mayat lelaki rentung ditemui dalam ladang kelapa sawit
Mayat itu ditemui dalam keadaan terlentang dan masih memakai kasut jam 7.28 malam Sabtu oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Jenayah | Bukan jatuh, rupanya ditolak suami dari tingkat 18
Wanita yang disangka terjatuh dari tingkat 18 Kondominium Bukit Awana Jalan Bukit Kukus, George Town semalam rupanya ditolak oleh suaminya sendiri. Perkara itu disahkan oleh polis yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, susulan kejadian itu, polis telah menahan suami mangsa berusia 34 tahun.

Politik | Pas enggan dedah strategi PRU-15
Pas tidak akan mendedahkan kepada umum berkaitan strategi yang akan digunakan parti itu dalam menghadapi pilihanraya umum ke-15 terutama melibatkan soal pembahagian kerusi.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.

KPKT akan pinda Akta 118, bantu pembeli projek perumahan terbengkalai
Secara dasar, pindaan itu dirancang untuk mengawal dari berlakunya projek terbengkalai sekaligus membela nasib pembeli rumah.

AWANI Ringkas: PH tetap sokong Anwar calon Perdana Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiada bazar Ramadan di Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk membatalkan kesemua bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri itu untuk tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin melalui catatan di akaun Facebooknya berkata, langkah itu perlu diambil sebagai usaha membendung penularan COVID-19.

Queenie Ting pecah rekod kebangsaan lempar cakera
Queenie memadamkan rekod dipegang atlet Johor Connie Choo Kang Ni dengan catatan 47.91 m yang dilakar pada temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Konvensyen Biasa DAP | PH tetap sokong Anwar
Pakatan Harapan (PH) tetap menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun Presiden PKR itu ketika ini sedang terpalit dengan kontroversi audio yang didakwa mirip suaranya dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Jelas Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook, ketua pembangkang itu juga kekal sebagai calon Perdana Menteri bagi PH.

3,336 tan matrik Harumanis bernilai RM66.7 juta dikeluarkan tahun ini
Promosi 'Harumanis Kembali Lagi' sehingga 30 Jun dilancarkan hari ini, melibatkan pembabitan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta.

Penggunaan AstraZeneca: Kerajaan akan putuskan dua minggu lagi - Khairy
Panel pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan maklumat terbaru mengenai vaksin berkenaan.

Vaksin AstraZeneca: Kakak mangsa maut pembekuan darah masih percaya vaksin
Kakak kepada seorang lelaki yang maut akibat masalah pembekuan darah masih mempercayai manfaat vaksin.

Vaksin COVID-19: Malaysia sertai COVAX untuk tunjukkan solidariti global - Khairy
Malaysia telah membuat keputusan untuk menyertai COVAX bagi menunjukkan solidariti global dan memastikan ekuiti vaksin untuk semua.

Penghantaran 100 juta dos vaksin AstraZeneca ke Indonesia alami kelewatan
Indonesia juga sedang menunggu sejumlah 54 juta dos vaksin AstraZeneca secara berfasa menerusi skim perjanjian vaksin global COVAX.

Vaksin AstraZeneca: WHO sifatkan pengesahan masuk akal, perlu kajian lebih teliti
Ia susulan pengesahan EMA berkenaan kemungkinan hubung kait vaksin AstraZeneca dengan pembekaun darah yang jarang berlaku.

Vaksin COVID-19: Malaysia ambil maklum kesan samping AstraZeneca, keselamatan diutamakan
Menurut Khairy Jamaluddin Malaysia akan terus mengikuti rapat perkembangan dan membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

Vaksin AstraZeneca: Pembekuan darah kesan sampingan sangat jarang berlaku - EMA
EMA mengesahkan menemui 'kemungkinan' hubung kait antara vaksin AstraZeneca dan masalah pembekuan darah yang jarang berlaku.

Vaksin AstraZeneca: Individu bawah 30 tahun perlu ditawar alternatif - JCVI
Individu yang telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 AstraZeneca harus diberikan dos kedua vaksin yang sama.

Malaysia tunggu laporan EMA sebelum putuskan vaksin AstraZeneca - Khairy
Malaysia akan memutuskan sama ada akan meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca pada PICK selepas menerima hasil dapatan Agensi Perubatan Eropah (EMA).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.