IPOH: Kuota haji untuk rakyat Malaysia berkemungkinan tidak akan ditambah pada tahun ini berikutan kekurangan kemudahan prasarana, seperti tempat penginapan dan lain-lain keperluan yang dihadapi oleh kerajaan Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr TaufiqFawaan Al-Rabiah semasa beliau menghadiri Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah di Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini.
"Sememangnya itu permintaan dan harapan (menambah kuota haji) supaya dapat dipertingkatkan, tetapi mereka juga mempunyai kekangan antaranya masalah penginapan hotel, kerana hotel di sana banyak lagi yang tidak dibuka.
"Jadi, mereka (kerajaan Arab Saudi) tidak boleh lagi memberikan jaminan kepada semua negara lagi (mengenai kuota haji)," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 21 mangsa banjir dan ribut di sekitar Sungai Rokam di sini hari ini.
Pada Ahad, pemain industri pakej haji berharap, kerajaan Arab Saudi dapat meningkatkan kuota untuk rakyat Malaysia mengerjakan ibadah haji di negara itu melebihi 32,000 jemaah sebelum ini.
"Tahun ini diharapkan ada dan disertai dengan penambahan kuota sedia ada (32,000). Itulah harapan semua orang. Pemain industri berkenaan pakej haji dan umrah terasa (impak) ketiadaan jemaah selama tiga tahun iaitu pada 2020, 2021 dan tahun ini," kata Ahmad Ruzman.
Dalam pada itu, Idris berkata Lembaga Tabung Haji telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Musim Haji 1443H, supaya segala urusan jemaah haji dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Menurutnya, setiap jemaah haji perlu memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio dalam telefon pintar masing-masing, semasa mengerjakan ibadat berkenaan di Tanah Suci.
Beliau berkata aplikasi itu adalah penambahbaikan sistem imbasan pasport, imbasan muka dan cap jari (biometrik) sebelum jemaah haji dan umrah di negara ini berlepas ke Tanah Suci.
Katanya jemaah haji perlu melakukan empat langkah mudah iaitu, melengkapkan alamat emel, imbasan pasport antarabangsa, imbasan muka dan imbasan sepuluh jari untuk muat naik informasi ke dalam sistem tersebut.
"Aplikasi ini memudahkan jemaah haji dan menyenangkan tidaklah perlu beratur berjam-jam lamanya seperti sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Lembaga Tabung Haji telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi Musim Haji 1443H, supaya segala urusan jemaah haji dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur. - Gambar fail/ Bernama
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan selama sejam dengan Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah di pejabat Perdana Menteri.
Malaysia terima kuota penuh 31,600 orang bagi musim haji tahun ini
Kuota haji Malaysia dan negara-negara lain dalam OIC adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Tiada pengurangan kuota jemaah haji Malaysia
Kedutaan Arab Saudi di sini mengesahkan kuota haji bagi Malaysia tahun ini kekal 30,200 jemaah.