awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah

Bernama
Bernama
08/01/2024
09:21 MYT
Kuota haji Malaysia 2024 sebanyak 31,600 orang jemaah
Kuota haji pada tahun lepas adalah seramai 31,600 jemaah haji. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang jemaah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata perkara itu dimaklumkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah semasa pertemuan sempena majlis menandatangani Memorandum Aturan Urusan Haji 1445H/2024 di Jeddah, Arab Saudi.
Kuota haji pada tahun lepas adalah seramai 31,600 jemaah haji.
"Dalam pertemuan tersebut antara perbincangan adalah kandungan memorandum berkaitan aturan pengurusan jemaah haji meliputi urusan penerbangan, penginapan serta penyediaan makan minum jemaah haji sepanjang urusan menunaikan ibadat haji di Tanah Suci," kata Mohd Na'im dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Na'im berkata turut dibincangkan ialah berkaitan urusan di Masyair termasuk pengangkutan bagi jemaah haji dan para petugas haji.
"Pada masa sama diperbincangkan juga persediaan pengurusan aspek kesihatan jemaah haji," katanya.
Mohd Na'im kini berada di Jeddah, Arab Saudi bagi menyertai Persidangan Haji dan Umrah 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kuota haji
#Mohd Na'im Mokhtar
#Kerajaan Arab Saudi
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan