SELEPAS perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran merentas negeri hanya akan diberi apabila negara mencapai 90 peratus vaksinasi populasi dewasa, ia seakan-akan memberi harapan baharu untuk anak-anak perantau di seluruh negara.
Mana tidaknya, hampir setahun lebih mereka merantau tidak dapat pulang ke kampung berjumpa ibu bapa dan saudara mara, jadi tidak hairanlah pengumuman perdana menteri pada 22 September itu membuatkan mereka teruja.
Dalam masa sama, pada 23 September lalu rupa-rupanya hanya tinggal 100 hari sebelum 2021 melabuhkan tirai dan kita semua akan melangkah ke tahun baharu 2022.
Sehubungan itu, sosial media Astro AWANI cuba mendapatkan reaksi orang ramai menerusi alam maya mengenai hasrat yang ingin mereka lakukan dalam baki tiga bulan tahun ini.
Rata-rata netizen berkongsi mahu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berjumpa dengan ibu bapa.
BACA: Netizen tak sabar nak rentas negeri, mohon semua beri kerjasama ambil vaksin
BACA: Sudah boleh balik kampung dengan syarat 90 peratus vaksinasi dewasa
BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI
Tidak kurang juga, ramai sebenarnya tidak sedar sudah berjaya melalui pelbagai perkara sepanjang sembilan bulan tahun ini.
Jadi anda sudah boleh rancang awal-awal perjalanan, takut nanti nak balik kampung sesak pula.
Kita doakan agar Malaysia terus sihat, dan kita dapat menjalani kehidupan normal secepatnya.
Kalau anda pula, apa yang anda mahu lakukan sebelum tahun 2021 ini berakhir?
Asyraf Roslan
Sat Sep 25 2021
Rata-rata netizen sudah tidak sabar merentas negeri untuk balik kampung bertemu ibu dan ayah jika dibenarkan nanti. -Gambar hiasan
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Kurang 100 hari sebelum 2021 berakhir, majoriti netizen teruja #NakBalikKampung
Dah boleh rancang awal-awal perjalanan anda, takut nanti dah capai 90 peratus populasi dewasa yang lengkap divaksinasi nak balik kampung sesak pulak.