KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan ketiadaan minat belian dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.75 mata kepada 1,456.92 daripada paras penutup 1,456.92 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks utama itu dibuka rendah turun 0.41 mata kepada 1,460.26 dan dibuka rendah 1,454.12 pada sesi awal dagangan pagi.
Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 499 berbanding 395, manakala 457 kaunter tidak berubah, 1,023 tidak diniagakan manakala sembilan kaunter yang lain digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.23 bilion unit bernilai RM1.70 bilion daripada 3.27 bilion unit bernilai RM1.89 bilion pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata pasaran serantau dalam aliran bercampur-campur kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang minit mesyuarat terbaharu daripada mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada akhir Oktober yang dijadualkan berlangsung pada Selasa.
Di peringkat tempatan, beliau berkata pelabur kekal berhati-hati untuk membuat langkah penting, memandangkan ketiadaan insentif pembelian yang menarik mengelilingi sentimen pasaran semasa yang dipertingkatkan oleh risiko pasaran global dan tidak menentu.
"Bagaimanapun, aktiviti belian saham pada harga rendah mungkin berlaku disebabkan penilaian indeks penanda aras merosot," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM9.11, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing jatuh dua sen kepada RM4.21 dan RM7.20, CIMB berkurangan tigfa sen kepada RM5.77 manakala Tenaga Nasional naik satu sen kepada RM9.97.
Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng merosot setengah sen kepada tiga sen, LeForm meningkat 0.5 sen kepada 29 sen, Top Glove menambah 1.5 sen kepada 80 sen, Sarawak Consolidated melonjak satu sen kepada 65 sen dan Widad tidak berubah pada 46 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 9.86 mata kepada 10,790.12, Indeks FBMT100 merosot 13.20 mata kepada 10,449.30, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 2.93 mata kepada 11,001.81,
Sementara, Indeks FBM ACE naik 23.31 mata kepada 5,195.25 dan Indeks FBM 70 naik 41.35 mata kepada 14,343.43.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 23.37 mata kepada 16,359.27, Indeks Perladangan merosot 20.74 mata kepada 6,986.00 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.34 kepada 173.58, manakala Indeks Tenaga melonjak 8.01 mata kepada 860.51.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.15 bilion unit bernilai RM1.41 bilion daripada 2.25 bilion bernilai RM1.63 bilion pada Jumaat.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 451.48 juta unit bernilai RM70.87 juta berbanding 473.43 juta unit bernilai RM66.04 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 629.63 juta saham bernilai RM220.28 juta daripada 544.01 juta saham bernilai RM197.15 juta minggu lepas.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 269.97 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (396.01 juta); pembinaan (71.33 juta); teknologi (691.83 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (44.16 juta); hartanah (183.57 juta); perladangan (23.97 juta); REITs (4.86 juta), dana tertutup (31,600); tenaga (128.48 juta); penjagaan kesihatan (165.21 juta); telekomunikasi dan media (28.25 juta); pengangkutan dan logistik (54.24 juta) dan utiliti (83.90 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 2.15 bilion unit bernilai RM1.41 bilion daripada 2.25 bilion bernilai RM1.63 bilion pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama

BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.

COP28 bertindak untuk menyokong pihak yang ‘rapuh’ kerana perubahan iklim
Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) hari ini secara rasmi mendukung Deklarasi mengenai Iklim, Bantuan, Pemulih dan Keamanan di hari keempat pengajarannya.

Pelancong Jerman maut ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris
Seorang pelancong Jerman maut manakala dua lagi cedera dalam serangan berhampiran Menara Eiffel di ibu negara Perancis pada Sabtu malam.

KPKT akan bantu Johor selesai isu penempatan semula 10,301 rumah setinggan
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membantu menyelesaikan isu penempatan semula 10,301 unit rumah setinggan, di Johor.
Siapa akan berentap di pentas akhir?
Minggu yang cukup mendebarkan bagi semua peminat program hiburan All Star Gegar Vaganza. Siapa yang akan berentap di pentas akhir yang bakal diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil minggu hadapan?

Malaysia terima 26 juta pelancong setakat November - MOTAC
Sebanyak 26 juta pelancong telah direkodkan memasuki negara dari tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas, berdasarkan statistik terkini dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
Tempuh 750 batu nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023
Kapal Maritim (KM) Nusa antara 14 kapal yang mengharungi perjalanan sejauh 750 batu nautika yang bermula.
COP28: Alam punah, kesihatan manusia parah
Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop membawa perkembangan hari ketiag Persidangan COP28 di Dubai yang menjadikan sektor kesihatan sebagai tumpuan perbincangan. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut ditanyakan mengenai hubung kait perubahan iklim dan juga kesihatan manusia.

Polis rampas lebih 7 kilogram pil yaba
Polis merampas lebih tujuh kilogram (kg) pil Yaba bernilai RM385,330 menerusi dua serbuan berasingan di sekitar Jerteh, Besut, pada Rabu lepas.
[TERKINI] Bekas menteri Chua Jui Meng meninggal dunia pada usia 80 tahun
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng meninggal dunia hari ini pada usia 80 tahun.

Aktiviti belian saat-saat akhir dorong Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat-saat akhir, khususnya bagi saham-saham telekomunikasi dan perbankan.

Bursa Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.13 peratus atau 1.95 mata kepada 1,446.07 daripada 1,448.02 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu
Pada 9.07 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,449.77 daripada paras 1,448.02 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia rendah susulan jualan saham wajaran tinggi, modal sederhana
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.77 mata kepada 1,448.15 daripada 1,453.92.5.77 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Untung bersih TNB turun kepada RM856.2 juta, catat hasil lebih tinggi RM13.47 bilion pada suku ketiga
Untung bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2023, merosot kepada RM856.20 juta daripada RM888.90 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Bursa Malaysia ditutup tinggi walaupun dagangan rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat walaupun dagangan rendah seiring dengan prestasi bursa serantau lain, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia diniagakan tinggi, didorong kegiatan buru saham murah pagi ini
Pada 9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.83 mata kepada 1,455.12 daripada penutupan semalam pada 1,453.29.

DRB-Hicom catat untung bersih suku ketiga yang rendah kepada RM70.80 juta
DRB-Hicom Bhd catatn keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM70.80 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 (S3 2023) daripada RM143.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan petunjuk serantau bercampur-campur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.60 mata kepada 1,453.29 daripada 1,455.89 ketika ditutup pada Rabu.

Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit dalam sentimen berhati-hati
Pada 9.06 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.22 mata kepada 1,456.11 daripada paras 1,455.89 pada akhir dagangan semalam.