Jumlah jam bekerja di Malaysia harus dikurangkan bagi meningkatkan tahap produktiviti negara.
Menurut Ahli Majlis Konfederasi Penyedia Perkhidmatan Malaysia (MSPC), Mustapha Kamal Zulkarnain, ini kerana negara-negara dengan tahap produktiviti yang tinggi kebanyakannya mempunyai jumlah jam bekerja yang rendah.
“Kita harus kaji semula jumlah jam bekerja, kerana jumlah jam bekerja yang panjang mungkin tidak efektif dalam meningkatkan tahap produktiviti,” kata beliau.
Menurut IMD World Competitiveness Yearbook 2018, Malaysia menduduki tangga ke-38 dalam tahap produktiviti keseluruhan negara berbanding 62 buah negara.
Negara jiran Singapura, pula menduduki tangga ke-5 dalam tahap produktiviti keseluruhan negara berbanding 62 negara.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menduduki tangga pertama dalam senarai ini, diikuti Qatar dan Saudi Arabia masing-masing di tangga kedua dan ketiga.
Tahap produktiviti ini diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi setiap individu yang bekerja dan diukur dalam Dolar Amerika.
Walaupun, tahap produktiviti Malaysia masih rendah berbanding beberapa negara utama, jumlah jam bekerja di Malaysia sangat tinggi.
Malaysia menduduki tempat kedua dengan purata 2,248 jam bekerja setahun dalam senarai jumlah jam bekerja berbanding 63 negara.
Apa Kata Rakyat?
Menurut seorang peguam, Sugania Gobindan, pekerja di negara ini bekerja dalam tempoh yang panjang hingga memberi kesan kepada produktiviti.
Tambahnya tempoh bekerja yang pendek akan menghasilkan kualiti kerja lebih baik termasuk untuk semua sektor di Malaysia.
Sugania turut meminta kerajaan baru supaya memastikan hari Sabtu dan Ahad diberikan cuti buat semua golongan masyarakat.
Turut senada, seorang kerani kerajaan, Azriq Asyraf apabila hanya mencadangkan tempoh bekerja dipendekkan kepada 4 jam sehari.
Sementara itu, seorang guru pra-sekolah, Shobana Chandran berkata dia berharap guru-guru pra-sekolah diberikan waktu bertugas yang lebih fleksibel.
Ini kerana kebanyakan daripada guru pra-sekolah terpaksa bekerja pada hari Sabtu dan Ahad hingga menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama keluarga.
Pritha Manivannan
Tue Jul 10 2018
Kita harus kaji semula jumlah jam bekerja, kerana jumlah jam bekerja yang panjang mungkin tidak efektif dalam meningkatkan tahap produktiviti,- kata Mustapha - Foto: unsplash.com
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Kurangkan jam bekerja, tingkatkan produktiviti
Jumlah jam bekerja di Malaysia harus dikurangkan bagi meningkatkan tahap produktiviti negara.