awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AGC terima kertas siasatan kadet PALAPES Syamsul Haris minggu lalu
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara
'Kedudukan saya dalam parti, kerajaan diumum pada PAU 2025’ - Akmal Saleh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurangkan kalori, kuranglah bayar cukai?

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
24/03/2019
22:00 MYT
Kurangkan kalori, kuranglah bayar cukai?
SYED SADDIQ: Mungkin kita boleh berkolaborasi dengan memberi insentif unik kepada restoran yang menjual makanan sihat.
BAYANGKAN sekiranya anda membakar sejumlah kalori, anda akan diberi insentif atau dikurangkan daripada membayar cukai.
Itulah senario yang sedang diteliti oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pasukannya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ketika Malaysia masih ‘di hadapan’ di dalam ranking diabetis dunia.
KBS sedang ‘memecahkan kepala’ mencari apakah mekanisme terbaik untuk mengukur kalori yang dibakar oleh setiap rakyat dan disulam dengan teknologi yang mengumpulkan maklumat di pangkalan data setiap rakyat untuk diberi pengurangan cukai.
“Ini merupakan antara idea yang sedang diperhalusi dan kami sedang mencari cara bagaimana untuk mengukurnya,” ujar Syed Saddiq.
Menteri kabinet termuda di rantau Asia itu mendedahkan ‘rahsia’ berkenaan ketika ditemu bual di dalam program Agenda AWANI.
KBS tidak hanya melihat kepada pengurangan cukai berdasarkan kepada jumlah kalori tetapi turut meneliti kerjasama dengan pihak swasta untuk menterjemahkan idea mewujudkan skim yang lebih menyeluruh.
Idea di sebalik kaedah itu bermatlamat mewujudkan ekosistem dan rantaian yang menyumbang kepada pembudayaan gaya hidup sihat warga Malaysia termasuk diet dan pemakanan harian.
“Mungkin kita boleh berkolaborasi dengan memberi insentif unik kepada restoran yang menjual makanan sihat agar pengusaha kekal berkembang dan untuk rakyat pula terutama warga yang giat bersukan dapat disalurkan ke kedai-kedai tersebut,” kata Syed Saddiq.
Idea yang mengaitkan jumlah pembakaran kalori dan insentif tertentu bukanlah sesuatu yang baharu. Sebaliknya, mekanisme tersebut dilaksanakan oleh syarikat-syarikat insurans yang menawarkan pelbagai insentif kepada pengguna yang membakar sejumlah kalori setiap hari, setiap bulan.
Malah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat contohnya, syarikat teknologi yang menawarkan produk jam kesihatan digabung jalin dengan pelan kesihatan individu dan insuran hayat sebagai mekanisme untuk menawarkan insentif tertentu.
BACA: 'Telur 4 biji, nasi sikit' - Syed Saddiq kongsi tip kekal sihat
Topic Berkaitan
#diberi insentif
#dikurangkan daripada membayar cukai
#kalori
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#tip kekal sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan