awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kursus keibubapaan buat sektor swasta demi memperkasa institusi kekeluargaan - Wan Azizah

Fareez Azman
Fareez Azman
13/07/2019
08:04 MYT
Kursus keibubapaan buat sektor swasta demi memperkasa institusi kekeluargaan - Wan Azizah
WAN AZIZAH: Bermula 9 Julai, LPPKN telah dilantik sebagai Penyedia Latihan Keibubapaan Berdaftar kepada majikan sektor swasta untuk tempoh tiga tahun.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini memperluas kursus keibubapaan dibawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
Menurut menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail insiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu bagi memberi tambah nilai dalam skil keibubapaan dalam kalangan masyarakat ketika ini.
“Untuk makluman semua, Kementerian Sumber Manusia telah mengiktiraf bidang kemahiran keibubapaan (Parenting Skills) dalam senarai latihan bidang berdaftar di bawah Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF).
“Bermula 9 Julai, LPPKN telah dilantik sebagai Penyedia Latihan Keibubapaan Berdaftar kepada majikan sektor swasta untuk tempoh tiga tahun,” jelas Wan Azizah.
Bagi projek perintis itu, pembiayaan melalui pemberian insentif yuran latihan kepada majikan yang berdaftar dengan HRDF berjumlah RM62,500 bakal memanfaat 500 ibu bapa.
Tambah Wan Azizah, kerjasama antara pihak HRDF dan LPPKN itu perlu disambut baik oleh semua majikan di negara ini dalam memberi peluang kepada pekerja mereka menghadiri kursus berkenaan.
Ujarnya, ibu bapa perlu kreatif dalam memastikan institusi kekeluargaan terus diperkasa.
Sehingga kini, LPPKN tambahnya telah menjalankan 21,561 program pendidikan kekeluargaan melibatkan 2.7 juta peserta di seluruh negara.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Keibubapaan Kreatif Mendepani Cabaran Alaf Baru sempena sambutan Hari Ibu Bapa Kebangsaan 2019 di Universiti Pertanian Malaysia UPM Serdang pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Alaf Baru
#cabaran
#ICT
#Institusi kekeluargaan
#KPWKM
#kreatif
#Serdang
#Timbalan Perdana Menteri
#UPM
#Wan Azizah
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan