KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.
Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk R Ramanan berkata pembukaan rangkaian Coop Mart yang baharu pula akan mengutamakan kawasan-kawasan perumahan yang berpotensi seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
Selain itu, katanya selaras aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030, bagi memajukan sektor koperasi untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat, kementerian itu melalui SKM juga telah melaksanakan Program Jualan Madani Koperasi sebagai salah satu alternatif dalam membantu kerajaan menangani kos sara hidup.
"Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan kadar penjimatan sehingga 20 peratus yang akan dapat meringankan bebanan kehidupan seharian rakyat," katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KUSKOP di Dewan Rakyat, hari ini.
Sehingga 1 Mac 2024, sebanyak 2,611 Coop Mart telah ditubuhkan di seluruh negara.
Dalam pada itu, Ramanan berkata peruntukan program keusahawanan dan pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang disalurkan kepada kementerian dan agensi akan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan di negeri-negeri.
Kerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan bagi program keusahawanan dan PMKS yang dilaporkan kepada SME Corporation Malaysia melalui Pelaporan Pelan Tindakan Bersepadu PMKS (SMEIPA).
"Bagi memastikan pembangunan dan penyelarasan inisiatif keusahawanan berjalan lancar dan tidak berlaku pertindihan, Majlis Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) yang dipengerusikan oleh Menteri KUSKOP serta dianggotai Exco Keusahawanan Negeri dibentuk bagi menyelaras hala tuju pembangunan keusahawanan dan pelaksanaan inisiatif di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri supaya lebih terancang dan strategik," katanya.
Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional akan menggunakan peruntukan dalaman untuk membantu usahawan informal dan mikro dalam perniagaan masing-masing.
Ini sebagai jawapan kepada pertanyaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) yang menganggap bahawa KUSKOP memerlukan peruntukkan tambahan melebihi RM330 juta untuk TEKUN.
Bagaimanapun, Ramanan menegaskan bahawa walaupun peruntukan yang disediakan tidak mencukupi, kementerian akan menambah dengan menggunakan dana dalaman TEKUN dan memanfaatkan semula dana daripada peminjam-peminjam sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Ramanan berkata pembukaan rangkaian Coop Mart yang baharu akan mengutamakan kawasan-kawasan perumahan yang berpotensi seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM). - Gambar fail/Bernama

Tabika Perpaduan terbuka untuk semua kaum - JPNIN
Bilangan kanak-kanak Melayu yang mendaftar di Tabika Perpaduan jauh lebih tinggi berbanding kaum lain, walaupun ia terbuka kepada semua.

300,000 rakyat Indonesia disasar dapatkan khidmat perubatan di Melaka tahun ini
Daripada keseluruhan 800,000 rakyat Indonesia yang mendapatkan rawatan di Malaysia, lebih 25 peratus adalah di Melaka.

Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.

PIFF 2025: Pacu industri francais dan kopi di Malaysia sejak 2004
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Belanjawan Sabah, Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bangunkan keusahawanan Sabah
Belanjawan Sabah 2025 dan Belanjawan 2025 peringkat Persekutuan dapat dioptimumkan bersama bagi memajukan sektor keusahawanan di negeri ini.

50 PMKS bakal diiktiraf dalam Anugerah Enterprise 50 malam ini
Pencapaian 50 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terbaik di Malaysia bakal diiktiraf dan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Enterprise 50 (E50) bagi tahun 2024 pada malam ini.

Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.

14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.

INSKEN sasar latih 10,000 usahawan tahun ini - Ewon
INSKEN sasar untuk melatih 10,000 usahawan tahun ini berbanding 9,700 usahawan yang telah dilatih di seluruh negara pada tahun lepas.

KUSKOP fokus kukuhkan rangkaian koperasi Coop Mart
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan memberi fokus kepada usaha mengukuhkan rangkaian kedai koperasi Coop Mart sedia ada.

Kerajaan sentiasa ada bantuan kewangan untuk usahawan - Ramanan
Usahawan kecil tidak perlu risau mengenai aspek modal kerana kerajaan sentiasa mempunyai skim bantuan kewangan khusus untuk mereka.

KUSKOP jamin bantu mudahkan usahawan PKS kembangkan perniagaan - Ramanan
KUSKOP memberi jaminan untuk membantu memudahkan pemain industri PKS mengembangkan lagi perniagaan mereka termasuk dari aspek pembiayaan kewangan.

Kuskop lahirkan 83,361 usahawan baharu seluruh negara tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya melahirkan seramai 83,361 usahawan baharu di seluruh negara sepanjang tahun ini.