Kutipan tol Lebuhraya EKVE bermula 12.01 tengah malam ini

Kutipan tol di Seksyen 1 Lebuhraya EKVE akan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik menggunakan kad Touch 'n Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) akan mula dilaksanakan pada 12.01 tengah malam ini (25 Okt), selepas hampir dua bulan pengguna menikmati tol percuma sejak laluan itu dibuka pada 30 Ogos lepas.
Ringkasan AI
- Kutipan tol bagi Seksyen 1 Lebuhraya EKVE bermula 12.01 tengah malam 25 Oktober selepas hampir dua bulan tol percuma sejak pembukaan pada 30 Ogos.
- Lebuh raya ini menghubungkan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long, dengan kutipan tol dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik melalui Touch n Go, SmartTAG dan RFID.
- Pengguna dinasihatkan mematuhi peraturan keselamatan dan boleh menghubungi hotline EKVE di 1-300-88-3583 untuk maklumat lanjut.
"Langkah ini diberikan sebagai tempoh pelepasan tol sementara bagi membolehkan pengguna membiasakan diri dengan laluan baharu serta menggalakkan aliran trafik lebih lancar antara kawasan Ampang, Hulu Langat dan Sungai Long," menurut kenyataan itu.
Kutipan tol di Seksyen 1 Lebuhraya EKVE akan dilaksanakan sepenuhnya secara elektronik menggunakan kad Touch 'n Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
EKVE turut menasihatkan pengguna agar mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol ini bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi masing-masing.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan dengan menghubungi hotline EKVE di talian 1-300-88-3583.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


