KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa SRC International Sdn Bhd gagal melaksanakan usaha wajar ke atas RM1.8 bilion pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pertama, sebelum memindahkannya ke akaun luar pesisir yang didakwa untuk aktiviti pelaburan.
Bekas pengarah SRC International Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 54, berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatangani dan diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan perdana menteri dan juga menteri kewangan ketika itu.
Shahrol Azral berkata demikian ketika memberi keterangan selaku pihak ketiga dalam saman sivil US$1.18 bilion SRC International terhadap Najib dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil.
"Saya merasakan saya perlu melakukannya kerana ia adalah arahan PM. Saya lebih suka jika mempunyai lebih maklumat, tetapi saya teruskan juga dan menandatanganinya. Ia bukan sekadar arahan, ia telah ditandatangani oleh PM dan bekas menteri kewangan dan pemegang saham 1MDB yang menjadikannya sangat kukuh.
"Kami cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh, tetapi apabila tiba untuk pelaksanaan, PM telah menandatanganinya... jadi kami terpaksa melakukannya. Jika PM fikir ia adalah idea yang baik, saya percaya pertimbangannya," kata saksi itu ketika disoal peguam Najib Harvinderjit Singh.
MAHKAMAH-NAJIB (SAMAN SRC) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Wang pinjaman itu telah dipindahkan kepada Falcon Private Bank Ltd di Switzerland dan Julius Baer di Hong Kong untuk kegunaan bagi memperoleh dua syarikat di Indonesia (PT ABM Investama dan Bumi Resources TBk PT) serta dua syarikat di Mongolia (Gobi Coal and Energy Limited dan Erdens-Tavan Tolgoi).
Dalam perbicaraan jenayah SRC pada 2019, bekas pengerusi SRC Tan Sri Ismee Ismail memberi keterangan bahawa Nik Faisal telah diarahkan oleh Najib untuk memindahkan wang itu dalam mesyuarat pada 7 Sept 2011.
SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman itu pada Mei 2021 dengan mendakwa bahawa Najib telah melakukan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa, secara peribadi mendapat manfaat daripada dana syarikat dan menyalahgunakan dana tersebut.
Ia juga memohon pengisytiharan mahkamah bahawa Najib bertanggungjawab ke atas kerugian syarikat akibat pelanggaran tugas dan amanahnya, dan supaya Najib membayar balik kerugian RM42 juta yang mereka alami.
Najib, 70, menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022 dan Lembaga Pengampunan pada Januari tahun ini telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun serta denda dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM210 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung pada 6 Mei pukul 9.30 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Shahrol Azral berkata tiada usaha wajar dilakukan kerana resolusi pekeliling (DCR) pengarah telah ditandatangani dan diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
KWAP lantik Nazaiful Affendi sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan
KWAP melantik Nazaiful Affendi Zainal Abidin sebagai Ketua Pegawai Strategi dan Perkhidmatan berkuat kuasa 1 Nov 2024.
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
ZUS Coffee peroleh RM250 juta pelaburan daripada KWAP, KV Asia Capital, Kapal Api
ZUS Coffee memperoleh pelaburan RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital dan Kapal Api Group untuk menyokong pengembangan globalnya.
KWAP peruntuk RM20 bilion untuk peralihan aset
KWAP mengukuhkan komitmennya terhadap pelaburan mampan dengan meningkatkan tumpuannya terhadap aset peralihan menerusi peruntukan RM20 bilion.
Pendapatan bersih KWAP melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion pada Tahun Kewangan 2023
Pendapatan bersih Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) melonjak 36 kali ganda kepada RM9.7 bilion bagi Tahun Kewangan 2023.
KWAP labur RM3 bilion dalam dana pelaburan syariah
Inisiatif itu bagi menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan dan memangkin ekosistem teroka.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.