awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ONSA perkukuh keselamatan pengguna, platform digital - KPN
ONSA pastikan internet lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga - MCMC
Gereja bersejarah Vondelkerk musnah dalam kebakaran malam Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWP kenal pasti bazar Ramadan, pusat beli-belah dikunjungi individu positif, kontak rapat - Annuar

Bernama
Bernama
06/05/2021
10:22 MYT
KWP kenal pasti bazar Ramadan, pusat beli-belah dikunjungi individu positif, kontak rapat - Annuar
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media khas mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Wilayah Persekutuan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan telah mengenal pasti dan memantau beberapa bazar Ramadan dan pusat beli-belah di ibu kota yang dikesan dikunjungi ratusan individu positif dan kontak rapat COVID-19, yang berkemungkinan akan diarah tutup.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata senarai berdasarkan data terkumpul daripada laporan sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok.
"Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Adham Baba) telah majukan kepada saya senarai tersebut.
"Saya tak menafikan, ada beberapa pusat beli-belah di Kuala Lumpur yang telah dikunjungi 700 orang yang mempunyai kontak rapat positif. Jadi itu berbahaya, tempat begitu perlu disanitasi dan perlu diperketatkan SOP (prosedur operasi standard)," katanya dalam sidang media khas berkaitan SOP Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun, semua keputusan yang dibuat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dirujuk terlebih dahulu dengan Kementerian Kesihatan.
Annuar turut menyeru kerjasama warga kota untuk mematuhi SOP memandangkan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP di Kuala Lumpur yang bermula esok hingga 20 Mei ini bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan itu.
"Saya harap tidak timbul kekeliruan dalam kalangan peniaga. Operasi perniagaan termasuk Bazar Ramadan dibenarkan, Bazar Aidilfitri boleh diteruskan berdasarkan waktu ditetapkan MKN.
"Sekiranya ada maklumat daripada HIDE ataupun ketidakpatuhan, PBT boleh mengeluarkan arahan untuk menutup operasi perniagaan," tegasnya.
Annuar berkata penguatkuasaan dan kawalan pematuhan SOP oleh orang ramai juga akan dibantu anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang kini diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun menjelang musim perayaan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#KWP
#COVID-19
#Bazar Ramadan
#DBKL
#SOP
#Kuala Lumpur
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan