awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP cawangan Nilai kembali beroperasi bermula 24 Okt

Bernama
Bernama
24/10/2023
03:40 MYT
KWSP cawangan Nilai kembali beroperasi bermula 24 Okt
KWSP berkata ahli-ahli boleh mengunjungi cawangan Nilai pada waktu operasi biasa bagi mengakses perkhidmatan penuhnya.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkata cawangan KWSP di Nilai, Negeri Sembilan telah beroperasi semula bermula hari ini setelah kerja-kerja pembersihan struktur di atas bangunan cawangan berkenaan selesai dijalankan.
Dalam satu kenyataan hari ini, KWSP berkata ahli-ahli boleh mengunjungi cawangan tersebut pada waktu operasi biasa bagi mengakses perkhidmatan penuhnya.
"KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli di atas pemahaman dan kesabaran sepanjang tempoh ini serta pihak berkuasa tempatan dan kontraktor atas tindak balas pantas mereka untuk mengosongkan dan membersihkan bangunan itu," tambahnya.
Cawangan di Nilai ditutup pada 18 Okt setelah mendapat arahan dan nasihat Majlis Bandaraya Seremban (MBS) berikutan isu struktur di atas bangunan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau layari laman web myEPF www.kwsp.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#cawangan Nilai
#kerja-kerja pembersihan struktur
#diarah tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan