awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KWSP tutup semua cawangan di seluruh negara bermula 1 - 14 Jun

Bernama
Bernama
30/05/2021
20:19 MYT
KWSP tutup semua cawangan di seluruh negara bermula 1 - 14 Jun
KWSP berkata semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh berkenaan akan dibatalkan. -Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup pejabat dan kaunter perkhidmatannya di seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun ini selaras dengan pelaksanaan fasa pertama sekatan pergerakan penuh.
Sehubungan itu, KWSP berkata semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh berkenaan akan dibatalkan.
"Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh sekatan pergerakan penuh berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP.
"Janji temu bagi pengeluaran umur 50, 55, 60 dan hilang upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP beroperasi semula.
"Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka supaya rantaian jangkitan dapat diputuskan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Bagi ahli KWSP yang telah memohon pengeluaran i-Sinar dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran, cawangan KWSP berkenaan akan menghubungi ahli untuk urusan pengambilan di cawangan yang mereka pilih.
"Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti permohonan pengeluaran perumahan, umur 50, 55 dan 60, ahli hanya boleh melakukannya secara dalam talian melalui i-Akaun," katanya sambil memaklumkan ahli boleh merujuk senarai perkhidmatan itu secara dalam talian.
Bagaimanapun, KWSP berkata proses pengesahan cap ibu jari bagi melengkapkan transaksi dalam talian hanya boleh dilaksanakan setelah tamat tempoh sekatan pergerakan penuh dan apabila cawangan dibuka semula.
Terdahulu, dalam kenyataan berasingan, KWSP mengumumkan penutupan sementara pejabat dan kaunternya di Kluang, Johor dan Kuala Terengganu, Terengganu bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak selepas kakitangannya di cawangan terlibat didapati positif COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KWSP
#COVID-19
#sekatan pergerakan penuh
#EPF
#PKP
#kaunter perkhidmatan
#fasa pertama
#Janji Temu Online
#JTO
#i-sinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan