awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Labuan sasar pasaran destinasi pelancongan khusus Korea Selatan

Bernama
Bernama
15/06/2025
20:00 MYT
Labuan sasar pasaran destinasi pelancongan khusus Korea Selatan
Lawatan dari 12 hingga 15 Jun itu bertujuan memperkenalkan tawaran pelancongan unik Labuan seperti golf, selam skuba dan percutian pulau bagi membangunkan pakej pelancongan yang disesuaikan khas untuk pasaran Korea. - Gambar fail/BERNAMA
LABUAN: Labuan sedang memposisikan kedudukan sebagai destinasi pelancongan khusus atau niche kepada pelancong Korea Selatan susulan program lawatan pengenalan yang disertai eksekutif kanan daripada tujuh agensi pelancongan utama negara itu.
Lawatan dari 12 hingga 15 Jun itu bertujuan memperkenalkan tawaran pelancongan unik Labuan seperti golf, selam skuba dan percutian pulau bagi membangunkan pakej pelancongan yang disesuaikan khas untuk pasaran Korea.
Inisiatif ini dianjurkan secara bersama oleh pejabat Tourism Malaysia di Seoul dan Sabah, Pusat Penerangan Pelancongan Labuan, Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian di bawah Perbadanan Labuan serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan sokongan pengusaha pelancongan dan hotel tempatan.
Sepanjang lawatan itu, delegasi berkenaan dibawa melawat tarikan utama seperti lokasi selaman skuba terkenal termasuk kapal karam dan terumbu karang, Kelab Golf Antarabangsa Labuan serta destinasi pulau seperti Pulau Rusukan Besar.
Mereka turut melawat kemudahan penginapan terkemuka seperti Hotel Tiara Labuan, Palm Beach Resort and Spa, AZ Hotel and Serviced Apartment, Beta Serviced Apartment dan tapak ekopelancongan Desa Tunas Hijau.
Pusat Penerangan Pelancongan Labuan memaklumkan, lawatan ini merupakan usaha strategik untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pelancong Korea Selatan terhadap pelancongan berasaskan alam semula jadi.
"Apa yang Labuan tawarkan adalah ketenangan, alam semula jadi dan pengalaman khusus - daripada aktiviti selaman dan golf bertaraf dunia sehinggalah pulau yang bersih dan mendamaikan - yang sangat menarik buat pelancong Korea yang mencari destinasi di luar arus perdana," menurut kenyataan itu.
Pusat Penerangan Pelancongan Labuan memaklumkan penerbangan melalui Kota Kinabalu serta potensi kerjasama serantau boleh membantu meletakkan Labuan sebagai destinasi tropika pilihan di Borneo.
Wakil agensi pelancongan Korea Selatan turut menyuarakan keyakinan terhadap potensi Labuan, sambil menyatakan bahawa pelancong Korea kini semakin berminat dengan destinasi tropika yang menggabungkan relaksasi dan pengembaraan.
Lawatan ini dijangka membawa kepada penghasilan kandungan promosi baharu, pakej pelancongan dan kempen digital yang menyasarkan pasaran Korea, sekali gus meningkatkan keterlihatan Labuan dalam landskap pelancongan Asia Timur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#Korea Selatan
#destinasi pelancongan khusus
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan