Skip to main content

Malaysia

Ladang baharu punca 'buah kayangan turun darjat'

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyusun buah durian Musang King untuk dijual kepada orang ramai di Ibu Pejabat FAMA hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  KUALA LUMPUR. June 24 -- Staff of the Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) arrange Musang King durians for sale to the public at FAMA headquarters today.  -- fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
- Gambar hiasan/BERNAMA
Advertisement

KOTA BHARU: Kemunculan ladang durian baharu yang mula mengeluarkan hasil selepas ditanam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenal pasti antara punca utama lambakan luar biasa raja buah sehingga menyebabkan harga musang king, kunyit dan duri hitam menjunam pada musim ini.

Pemilik kebun dan peniaga durian, Ahmad Maher Safiain berkata, lambakan durian tahun ini merupakan antara yang paling teruk sepanjang lebih tujuh tahun beliau berkecimpung dalam industri itu.

Menurut beliau, keadaan tersebut tidak mengejutkan kerana banyak ladang yang diusahakan sekitar tahun 2020 dan 2021 kini memasuki tempoh matang serta mula mengeluarkan hasil dalam jumlah yang besar.

"Pokok durian mengambil masa sekitar empat hingga lima tahun untuk berbuah. Pokok yang ditanam ketika PKP kini mula mengeluarkan hasil.


"Di Kelantan, terutama di Lojing dan Jeli, banyak ladang baharu mula berbuah. Fenomena sama di negeri lain menyebabkan bekalan durian meningkat di pasaran," katanya kepada Sinar Ahad.

Beliau berkata, lambakan durian menyebabkan harga beberapa varieti premium merosot dengan ketara berbanding musim lalu.
 

Ahmad Maher berkata, keadaan itu mengecilkan margin keuntungan peniaga sehingga ada yang hanya memperoleh kira-kira 20 sen bagi setiap kilogram durian yang dijual.

Dalam masa sama, pengusaha kebun terus berdepan peningkatan kos pengurusan ladang termasuk pembajaan.

"Kos menghasilkan durian berkualiti bukan murah. Sebab itu apabila harga jatuh terlalu rendah, pekebun yang terkesan terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata, antara faktor lain ialah durian luruh secara serentak di seluruh negara bermula Jun hingga Ogos tahun ini. - Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement