awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi iklan judi raya dikesan tular

Fareez Azman
Fareez Azman
17/04/2021
04:53 MYT
Lagi iklan judi raya dikesan tular
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian. -Video tular
KUALA LUMPUR: Satu lagi iklan judi raya dikesan tular di media sosial hari ini.
Menggunakan judul "Hari Raya Berkaya", video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.
Sebelum ini, tular sebuah iklan memaparkan sekumpulan remaja mempromosi aktiviti sama bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ia membawa kepada penahanan lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan iklan berkenaan pada Jumaat.
BACA: Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Iklan Hari Raya | Lapan individu ditahan terlibat iklan promosi judi
Jelasnya, siasatan akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon di dalam video tersebut.
Video yang tular sejak 15 April lalu itu mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan masyarakat khususnya yang beragama Islam.
Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
BACA: Iklan judi raya: Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan penggambaran
Iklan tersebut yang pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah.
Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video terbaharu ini.
Topic Berkaitan
#iklan judi raya
#Hari Raya Berkaya
#judi dalam talian
#Acryl Sani Abdullah Sani
#IPD Dang Wangi
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan