KUALA LUMPUR: Lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan sebuah iklan mempromosi aktiviti perjudian dalam talian sempena Hari Raya ditahan polis pada Jumaat.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu akan direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Sabtu.
"Sebanyak 38 laporan polis berkaitan video ini dibuat sebelum polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun yang berlakon dalam iklan berkenaan.
"Kesemua mereka mengaku menerima bayaran untuk berlakon dalam iklan berdurasi 2 minit satu saat itu sebanyak RM180 seorang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: Penerbit, pelakon iklan hari raya promosi judi akan dipanggil - Timbalan Ketua Polis Negara
Acryl Sani sebelum ini memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung sebuah video iklan mempromosi aktiviti judi dalam talian bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tegasnya, siasatan ke atas video tersebut akan menjurus kepada penerbit dan pelakon iklan tersebut.
Katanya, hasil siasatan susulan, polis kemudian menahan tiga lagi individu awal pagi tadi, yang juga ejen artis, jurukamera dan pengarah video berkenaan di sekitar Ampang.
"Siasatan awal yang dijalankan mendapati penggambaran video ini dibuat di Ampang dan Hulu Langat, pada 13 Mac lalu.
"Semua lapan individu terbabit ditahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Kata Komunikasi dan Multimedia 1988 dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.
Beliau berkata pada masa ini, usaha mengesan dalang utama di sebalik pembikinan video ini masih diteruskan.
Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit di dalam apa jua aktiviti perjudian di negara ini.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan dan mereka yang mempunyai sebarang maklumat boleh memaklumkan pihak polis.
Astro Awani
Sat Apr 17 2021
Tegas Acryl Sani, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit di dalam apa jua aktiviti perjudian di negara ini. -BERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
KRU artis Malaysia pertama menggunakan AI Generatif dalam video muzik
KRU lancar video muzik terkini 'Voodoo' yang menggabungkan konsep dari era terdahulu bersama inovasi teknologi.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Inilah Inca Medina, anak gadis Malique yang muncul dalam video Sedih Hati!
Malique menampilkan anak daranya, Inca Medina dalam muzik video lagu terbabit versi akustik.
Usahawan wanita terkenal akan didakwa Selasa
Seorang ahli perniagaan wanita terkenal akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang.
Yadim desak MCMC tarik, padam video muzik Hari Raya promosi LGBT
MCMC juga digesa mengambil tindakan sewajarnya di bawah akta suruhanjaya itu, agar tindakan biadab seumpama itu tidak berulang terutama oleh individu sama khususnya di dalam bulan Ramadan.
BTS rangkul 2 anugerah video muzik di MTV Jepun
BTS memenangi anugerah untuk Video Kumpulan Terbaik bagi hit single mereka "Butter" dan Video Kolaborasi Terbaik untuk lagu "My Universe".
Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan
Sebanyak 38 laporan polis berkaitan video ini dibuat sebelum polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 26 tahun yang berlakon dalam iklan berkenaan.
"Saya tak naik kapal untuk suka-suka" - Alyah pertahan kunjungannya ke Langkawi
Alyah dituduh oleh segelintir netizen sebagai tidak mematuhi prosedur operasi standard kerana merentas negeri ketika pelaksanaan PKP.
ANAM 2020: 'Ittihad' menang Anugerah Lagu Nasyid Terbaik
Pemenang lain termasuk Kumpulan Inteam bagi Anugerah Nasyid Pilihan; Aniq Muhai (Artis Nasyid Baharu Pilihan); Nissa Sabyan (Nasyid Nusantara Pilihan); dan Rabbani (Vokal Nasyid Terbaik).
Alena julang nama Sarawak di persada muzik dunia - Abdul Karim
Pencalonan Alena Murang bagi dua kategori mampu membuka mata pencinta muzik global mengenai keindahan muzik Sarawak dan keindahan alam semulajadinya.