Skip to main content

Malaysia

'Lagi kes rasuah berskala besar didedah, Malaysia semakin rosak' - Anwar Ibrahim

61646208163_TBANWAR.jpg
KUALA LUMPUR: Pendedahan kes penyelewengan dana mencecah nilai berbillion Ringgit jelas menunjukkan Malaysia semakin rosak akibat aktiviti rasuah berskala besar, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara, tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah.

Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, rakyat miskin serta golongan yang terpinggir, hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan.

“Tatkala kes melibatkan 1MDB serta kes rampasan ratusan juta di Kota Kinabalu masih belum terungkai, kini muncul pula kes rasuah melibatkan lapan individu yang direman berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

“Malah kes-kes seperti ini semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan dan undang-undang oleh pihak berwajib,” kata Anwar lagi dalam satu catatan terbaharunya di Facebook, hari ini.




BACA: Kes rasuah RM2.3 bilion: Eksekutif GLC antara lapan direman 

Anwar berkata, dalam beliau mengalu-alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, namun Pakatan Harapan tetap mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat awam.

Media semalam melaporkan lapan individu telah direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bernilai lebih RM2.3 bilion.

Permohonan reman terhadap kesemua suspek berusia antara 35 hingga 45 tahun tersebut dbuat di dua mahkamah berasingan termasuk Mahkamah Majistret Putrajaya dan Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak.

Menurut sumber, kesemua suspek yang terdiri daripada jawatan ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pegawai eksekutif, pengarah dan pemilik syarikat terbabit dipercayai terlibat dalam perlakuan rasuah dalam projek-projek milik sebuah GLC.

Katanya lagi, anggaran nilai kontrak keseluruhan melebihi RM2.3 bilion antara tahun 2017 hingga 2021.





Advertisement

Must Watch Video