awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
Google tamat sokongan Chrome untuk macOS 12 mulai pertengahan 2026
Malawi isytihar wabak polio selepas virus cVDPV2 dikesan di Blantyre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi kluster berkaitan Gawai diisytihar di Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2021
12:06 MYT
Lagi kluster berkaitan Gawai diisytihar di Sarawak
Dua lokaliti Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 29 Jun ini.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua lagi kluster baharu melibatkan komuniti rumah panjang iaitu Kluster Sungai Sentebu di daerah Sarikei dan Kluster Ulu Sangan di Tatau diisytihar Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini memaklumkan Kluster Sungai Sentebu dikesan berpunca pergerakan sosial dan aktiviti berkumpul di rumah panjang semasa sambutan ambang Hari Gawai pada 31 Mei lalu.
“Sejumlah 69 individu telah disaring dengan 48 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks dan 21 kes didapati negatif,” jelas kenyataan itu.
59 individu telah disaring melibatkan Kluster Ulu Sangan dengan 12 kes positif termasuk kes indeks manakala 47 lagi masih menunggu keputusan makmal.
Sementara itu kes kumulatif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 56,187 selepas 744 jangkitan baharu direkodkan hari ini manakala jumlah kematian akibat pandemik itu meningkat kepada 356 dengan laporan lima lagi kematian baharu.
Dalam perkembangan berkaitan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan dua lokaliti Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Rabu ini hingga 29 Jun.
Lokaliti berkenaan terletak di Bukit Dinding, Mukah melibatkan Rumah Panjang Alat anak Mukan dan Mukah Palm Oil Mill.
“Perintah PKPD itu dikenakan setelah 31 kes positif dikesan di Rumah Panjang Alat anak Mukan hasil 70 ujian saringan yang dilakukan.
“Manakala di Mukah Palm Oil Mill pula, 10 daripada 14 individu yang disaring didapati positif COVID-19,” jelasnya.
Tambah Ismail Sabri, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), PKPD dilaksanakan di kawasan berkenaan bagi tempoh berkenaan bagi menyekat pergerakan dan penularan jangkitan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#gawai
#KKM
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#PKP
#r Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan