awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagu rasmi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berkumandang di Dewan Merdeka

Bernama
Bernama
14/05/2023
10:55 MYT
Lagu rasmi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan berkumandang di Dewan Merdeka
Lagu yang menggambarkan inti pati aspirasi Malaysia MADANI turut mengetengahkan nilai perpaduan, keadilan dan keharmonian rakyat. - Gambar FB Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR: Lagu rasmi Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan bertajuk 'Bersama Demi Malaysia' diperdengarkan buat pertama kali pada edisi sulung konvensyen itu hari ini.
Berkumandang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, lirik lagu itu ditulis Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang juga Setiausaha Agung UMNO.
Lebih bermakna, lagu berdurasi kira-kira dua minit itu turut dinyanyikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kembali menjejakkan kaki di Dewan Merdeka selepas 25 tahun, bersama semua pemimpin parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan serta lebih 3,500 perwakilan, sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
Lagu yang menggambarkan inti pati aspirasi Malaysia MADANI turut mengetengahkan nilai perpaduan, keadilan dan keharmonian rakyat.
Berikut adalah lirik lagu Bersama Demi Malaysia:
Pada bumi yang kusanjung
Ada langit cerah yang kujunjung
Tanah berdaulat ini amat beruntung
Pelbagai bangsa hidup sebumbung
Demimu oh Negaraku
Malaysia MADANI
Harapanmu pasti dijulang tinggi
Adil saksama jujur telus berbakti
Makmur sejahtera kita bersama
Rukun dan damai kita bersaudara
Demi Malaysia kita bersatu
Satu Azam, Satu Jiwa, Satu Cita-Cita
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#Kerajaan Perpaduan
#Malaysia Madani
#Dewan Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan