KETIKA orang-orang politik berbeza pendapat mengenai ideologi dan saling menegakkan kebenaran masing-masing, rakyat Malaysia secara umumnya masih lagi utuh perpaduan mereka.
Tanpa mengenal batas kaum, agama dan budaya, baik kaum Cina, Melayu, India, Kadazan, Iban dan lain-lain sebetulnya tidak pernah ada rasa kekok atau janggal untuk saling menghormati antara satu sama lain.
Inilah keunikan Keluarga Malaysia yang sudah sekian lama menjadi kebanggaan kita.
Lihat saja apa perayaan pun, tak kiralah untuk apa kaum, rakyat ikut sama meraikannya, berwarna-warni dan ceria semuanya.
Kesatuan itu sudah diterjemah melalui pelbagai cara dan terbaharu sempena sambutan Tahun Baharu Cina awal minggu depan, ada kelainan dihidangkan untuk rakyat Malaysia.
Sekumpulan penyanyi popular tanah air iaitu Ayie Floor 88, Harry Khalifah, Sarah Suhairi, Beby Acha, Lia Aziz dan Aidilia Hilda merakamkan lagu sambutan Tahun Baharu Cina itu dalam bahasa Melayu.
Memetik laporan Channel News Asia (CNA), ini merupakan kali pertama sebuah lagu asal Tahun Baharu Cina dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan Malaysia, kata penerbit dan komposernya, Nevin Hiong.
“Ketika pemilik label rekod MVM Production menghubungi saya untuk menerbitkan sebuah lagu Tahun Baharu Cina untuk artis Melayu mereka, tidak pula beliau menyebut ia perlu digubah dalam bahasa Melayu.
“Beliau hanya menetapkan tiga syarat iaitu lagu tersebut perlu mengandungi ‘gong xi ni’, ‘dong dong qiang’ dan ‘huat ah’. Ini semua ungkapan yang biasa didengar oleh rakan-rakan Melayu kita,” kata Hiong seperti dilaporkan CNA.
Ungkapan itu bermaksud ucapan selamat Tahun Baharu Cina, merupakan mimik irama gendang dan simbol serta ungkapan Hokkien yang bermaksud kemakmuran.
“Saya terfikir, ketiga-tiga ungkapan ini adalah dalam bahasa Cina dan lagu pula akan didendangkan oleh artis Melayu.
“Jadi mengapa tidak kita gabungkan irama gaya Melayu dan instrumen Cina, dan hasilkan sesuatu yang istimewa?” katanya lagi.
Video muzik itu dilancarkan pada 7 Januari lalu dan sehingga kini ia telah menerima lebih 500,000 tontonan.
Berdasarkan komen pada video tersebut, ternyata rakyat Malaysia gembira dengan pendekatan tersebut kerana pada mereka, Malaysia adalah satu dan rakyatnya tetap bersatu.
“Terbaik! Mari kita menyambut CNY, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Gawai, dan lain lain sama sama. Kita semua anak Malaysia dan saya menghargai anda semua - full package! Ini barulah Muhibbah ma!,” tulis Wei Lin Low.
Luah BoonKheng pula menulis:
“Without the politicians, Malaysia is a very very very beautiful country (Tanpa ahli politik, Malaysia merupakan negara yang sangat sangat sangat indah.)”
Dalam video muzik tersebut, semua artis, sambil mereka memakai pakaian tradisional Cina dan Melayu, mereka menyanyikan:
“Luar kita berbeza, hati tetap kan sama. Kita bagaikan pokok, kuat pada akarnya.”
Malah, beberapa ahli kumpulan tarian singa di dalam lagu tersebut juga berbangsa Melayu, dedah Hiong.
“Niat kami asalnya untuk menerbitkan lagu Tahun Baharu Cina, namun bertukar menjadi lagu patriotik pula,” kata Hiong, mengulas sambutan luar dugaan yang diterima.
Agensi
Sun Jan 30 2022
Bagi Tahun Baharu Cina pada 2022, barisan penyanyi tempatan - Ayie Floor 88, Harry Khalifah, Sarah Suhairi, Beby Acha, Lia Aziz dan Aidilia Hilda menyanyikan lagu sambutan itu dalam Bahasa Melayu.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Agong, Raja Permaisuri hadir Majlis Menjunjung Kasih LBS
Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Menjunjung Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan oleh LBS Bina Group Berhad (LBS).
Tahun Baharu Cina: 2.4 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Polis Pulau Pinang menjangkakan lebih 2.4 juta kenderaan akan memasuki negeri itu sepanjang cuti sambutan Tahun Baharu Cina, pada tahun ini.
Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Perak sasar 40,000 hadir rumah terbuka Tahun Baru Cina 29 Jan ini
Kerajaan negeri Perak akan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina secara besar-besaran dengan sasaran kehadiran 40,000 tetamu di Taman Tema Lost World of Tambun pada 29 Jan ini.
Kluster pendidikan meningkat - Dr Noor Hisham
Jumlah kluster pendidikan COVID-19 dilihat meningkat dengan ketara pada minggu Minggu Epidemiologi (ME) terkini, dengan 92 kluster dilaporkan pada ME 7/2022, berbanding 61 kluster pada ME 6/2022.
Empat keluarga hilang tempat tinggal rumah terbakar
Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 2.05 pagi sementara operasi ditamatkan pada jam 3.52 pagi.
Ini lapan iklan Tahun Baharu Cina yang perlu anda tonton, tampil keindahan perayaan di Malaysia
Kalau dulu, semuanya dipaparkan di televisyen namun kini, dengan perkembangan teknologi, banyak video tersebut boleh ditonton di media sosial dan internet.
Menteri Kabinet harap Tahun Harimau bawa kemakmuran
Tahun Harimau melambangkan kekuatan dan keberanian yang sentiasa wujud dalam kalangan Keluarga Malaysia.
June Wei ketepi 'hari raya' Cina berlatih di Dubai
Dia dijadual berlatih bersama Axelsen dan rakannya di Kompleks Sukan Nad Al-Sheba, Dubai selama kira-kira dua minggu.
Tahun Baharu Cina: Sambutan kru Shenzhou-13 di angkasa lepas
Tiga angkasawan itu menghiaskan modul teras stesen berkenaan dengan tanglung dan seni tulisan kaligrafi Chun Lian.