Skip to main content

Malaysia

Polis tahan seorang individu ancam Zamri Vinoth

Polis mengesahkan menahan seorang individu didakwa mempunyai kaitan dengan insiden melakukan ancaman terhadap penceramah bebas Zamri Vinoth.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata tangkapan terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibuat di sekitar Bukit Mertajam awal pagi tadi. - Foto Sinar Harian

GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menahan seorang individu didakwa mempunyai kaitan dengan insiden melakukan ancaman terhadap penceramah bebas Zamri Vinoth.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata tangkapan terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu dibuat di sekitar Bukit Mertajam awal pagi tadi.

Advertisement

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Zamri yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT).

“Polis mengesahkan menerima laporan daripada Zamri dan satu tangkapan telah dibuat awal pagi tadi. Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Azizee berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan individu lain yang terlibat dalam kejadian itu.

Terdahulu, Zamri memuat naik rakaman video berdurasi 19 saat di Facebook yang memaparkan kenderaannya dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki sebelum beberapa lelaki lain turut datang menghampiri, dan kenderaan itu kemudian dilihat melanggar motosikal berkenaan.

Tindakan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kelantangan penceramah berkenaan berkaitan isu sebuah rumah ibadat kecil berdekatan sebuah hospital di negeri itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video