KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia pagi Ahad.
Hajiji dalam kenyataan memaklumkan, Lajim merupakan pemimpin berdedikasi dan juga rakan baik serta banyak menyumbang kepada negeri serta negara sepanjang karier politiknya.
Menurutnya, sebagai Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Allahyarham sentiasa berkongsi nasihat baik kepada parti selain menyumbang masa dan jasa.
"Bagi pihak keluarga saya dan kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada Datin Seri Normila Siong atas kehilangan Lajim," katanya dalam kenyataan pada Ahad
BACA: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Lajim Ukin meninggal dunia akibat COVID-19
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin, yang ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 sejak Selasa lalu meninggal dunia pagi tadi.
Pemergian Allahyarham Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu disahkan oleh isteri beliau, Datin Seri Normila Siong.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia sekitar jam 6.23 pagi tadi di Hospital KPJ, Kota Kinabalu.
Astro Awani
Sun Aug 29 2021
Allahyarham sentiasa berkongsi nasihat baik kepada parti selain menyumbang masa dan jasa. - Astro AWANI
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Isteri Lajim ucap terima kasih atas doa untuk suami, keluarganya
Datin Seri Normilah Siong merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas iringan doa kepada beliau dan keluarga susulan pemergian suaminya Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin hari ini.
'Pesanan terakhir ayah, bersatu hadapi apa jua rintangan' - Anak Lajim Ukin
Sedih dengan pemergian ayah tersayang, Mohd Azman berkata mereka sekeluarga reda dengan takdir Allah SWT itu.
Lajim Ukin selamat dikebumikan
Jenazah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Kampung Kebatu, Beaufort petang ini.
PM zahir takziah atas pemergian Lajim, satu kehilangan buat negara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah buat isteri dan ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin.
Lajim pemimpin berdedikasi sepanjang karier politik, sering kongsi nasihat - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Lajim Ukin yang meninggal dunia pagi Ahad.