awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
24/08/2021
10:40 MYT
Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
Menurut sumber, Lajim ditidurkan sekitar jam 2 petang tadi selepas 12 hari dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19.
Menurut sumber kepada Astro AWANI, beliau ditidurkan sekitar jam 2 petang tadi selepas 12 hari dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah.
"Beliau sempat menghubungi keluarga pagi tadi dan memaklumkan berasa sakit namun tidak pasti maksud kesakitan yang dimaksudkan.
"Selepas itu, pihak hospital menghubungi isteri beliau berkaitan Datuk Seri perlu ditidurkan dan keluarga menyetujuinya," katanya ketika dihubungi pada Selasa
Mengulas lanjut, sumber berkata Lajim mengikuti lawatan kerja Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor ke Kudat pada 12 Ogos lalu sebelum mengadu berasa kurang sihat pada sebelah malamnya ketika beliau berada di rumah.
"Beliau terus dibawa ke Hospital Gleneagles untuk mendapatkan rawatan selepas itu.
"Bagaimanapun, beliau disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian PCR dan RTK.
"Keesokan harinya barulah beliau ke KPJ dan berada di sana sehingga hari ini.
"Beliau berada dalam keadaan stabil sewaktu mula dimasukkan ke hospital namun kesihatannya sedikit merosot dalam beberapa hari ini termasuklah terdapat jangkitan di paru-paru," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Lajim Ukin
#Sabah
#AIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan