Negara kini berada di di fasa kelima di dalam Strategi Pemulihan Ekonomi Negara 6R (Resolve, Resilient, Restart. Recovery, Revitalise and Reform).

Fasa ini merangkumi pelaksanaan Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion, jumlah terbesar dalam sejarah negara, digabungkan dengan Pakej Bantuan PERMAI, RM15 bilion dan program PEMERKASA RM20 bilion.

Menerusi laporan ke-47 Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategi Nasional (LAKSANA), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri  Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kesemua itu akan mendorong pemulihan ekonomi Malaysia dengan memberi tumpuan kepada lima  fokus utama.

Ianya bagi mengawal penularan  COVID-19 bagi membolehkan pembukaan ekonomi, berdasarkan penggunaan data dan pendekatan yang lebih bersasar, memacu pemulihan ekonomi bagi terus memelihara kebajikan rakyat dan sektor terjejas serta  memperkukuh daya saing negara dengan antara lainnya, meningkatkan digitalisasi, meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu ia bagi memastikan agenda keterangkuman dengan mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah dan ketidaksamaan dalam masyarakat dan mentransformasikan ekonomi kepada aktiviti berasaskan pengetahuan dan berpaksikan inovasi melalui Rancangan Malaysia Ke-12 dan Pelan Transformasi GLC/GLIC.

Antara inisiastif-inisiatf yang dilaksanakan kerajaan bagi memacu ekonomi negara termasuklah :

GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 3.0 (PEMERKASA)

Kerajaan sekali lagi membuktikan keprihatinan pada rakyat khususnya sektor PKS mikro dengan memperkenalkan GKP 3.0.

Menerusinya, Kerajaan berharap agar sektor ini mampu bangkit dan bergiat semula dalam tempoh yang masih mencabar ini. Di bawah GKP 3.0, bayaran one-off sebanyak RM1,000 akan diberikan secara automatik kepada penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0.

Apa beza GKP Tambahan dan GKP 3.0?


PENGEKALAN & PENJANAAN PEKERJAAN

Menurut laporan pemantauan Agensi LAKSANA, sasaran pewujudan 500,000 peluang pekerjaan semakin hampir dicapai menerusi inisiatif-inisiatif yang dipantau oleh NEC yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

PenjanaKerjaya 2.0, Short-Term Employment Programme (MySTEP) dan Global Online Workforce (GLOW) adalah tiga penyumbang untuk mencapai sasaran di atas. Inisiatif PenjanaKerjaya 2.0 menerima peruntukan berjumlah RM2 bilion daripada Kerajaan bagi menyediakan peluang kerjaya kepada 250,000 pencari kerja, di samping menawarkan insentif-insentif tertentu bergantung pada kategori pekerjaan.

PEMERKASAAN PKS

Pemerkasaan Perniagaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)

Bumiputera Relief Financing (BRF)


Bagi membantu usahawan bumiputera, Kerajaan menerusi PUNB menawarkan bantuan dana Bumiputera Relief Fund berjumlah RM200 juta untuk PKS terlibat, dengan nilai bantuan antara RM100,000 hingga RM1 juta dan telah disalurkan kepada 675 PKS sehingga kini.

Dana Pinjaman Mudah PKS
Di bawah kendalian Bank Negara, Kerajaan turut menawarkan bantuan Dana Pinjaman Mudah PKS yang melibatkan pembiayaan berjumlah RM11.75 bilion kepada 24,824 PKS yang telah menerima kelulusan. Antara dana yang terlibat termasuk Special Relief Facility (SRF), Automation & Digitalisation Facility (ADF), All-Economic Sector Facility (AES) dan lain-lain.

Inisiatif pembiayaan PKS di bawah Bank Negara Malaysia
Meskipun dana SRF telah dimanfaatkan sepenuhnya, Tabung BNM masih menawarkan dana ADF, AES dan AF serta pembiayaan lain yang masih tersedia. PKS boleh memohon padanan pembiayaan menerusi platform imSME

Sokongan Penggunaan Teknikal dan Digital bagi PKS dan Syarikat di Peringkat Pertengahan (MTC)
Kerajaan juga telah membelanjakan sebanyak RM51.3 juta dalam bentuk geran dan pinjaman kepada 11,412 bagi langganan perkhidmatan digitalisasi.

INISIATIF-INISIATIF LAIN

Sokongan Bagi Sektor Seni, Budaya & Hiburan
Antara peruntukan yang disediakan adalah sejumlah RM100 juta dalam bentuk pinjaman dengan faedah 3.5% dan RM30 juta geran untuk industri kreatif, acara dan pameran di bawah MyCreative Ventures; manakala RM10 juta adalah di bawah CENDANA. Bagi inisiatif CENDANA pula, sebanyak RM2.17 juta telah disalurkan kepada 394 penerima

Pemerkasaan Golongan OKU
Inisiatif pemerkasaan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) terus dijalankan di bawah Pakej Bantuan PEMERKASA, di mana Kerajaan telah memperuntukkan RM26 juta bagi meningkatkan had kelayakan gaji maksimum dari RM1,200 kepada RM1,500 bagi bantuan Elaun Pekerja Cacat . Inisiatif ini akan memanfaatkan hampir 5,000 OKU dalam mendepani tempoh yang sukar bagi mereka.