awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lalat askar hitam urus sisa buangan sampah secara lestari - Tuan Ibrahim

Bernama
Bernama
17/04/2022
08:28 MYT
Lalat askar hitam urus sisa buangan sampah secara lestari - Tuan Ibrahim
Larva BSF boleh dijadikan makanan alternatif bagi ternakan ayam kerana kandungan protein yang tinggi. - Gambar fail/ Bernama
TANAH MERAH: Projek Pengurusan Sisa Lestari menggunakan lalat askar hitam atau Black Soldier Fly (BSF) mampu memantapkan pengurusan sisa buangan organik harian termasuk di tempat pelupusan sampah secara lestari.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata projek itu dibiayai Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK) di bawah kementeriannya melalui Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia (MGTC).
"BSF atau nama saintifiknya Hermetia Illucens adalah spesies lalat yang terdapat di negara beriklim tropika yang digunakan bagi memproses pelbagai jenis bahan buangan organik harian, selain memelihara sumber alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam.
"Larva-larva lalat spesies ini adalah model terbaik digunakan untuk kaedah melupuskan sisa-sisa makanan secara lestari, selain BSF membantu mengurangkan pembuangan sampah makanan ke tapak pelupusan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Projek Pengurusan Sisa Lestari BSF di Tapak Pasar Borong Tanah Merah di sini hari ini.
Tuan Ibrahim berkata fungsi fasiliti BSF adalah untuk memproses hasil pungutan sisa daripada Pasar Borong Manal dan Pasar Besar Bandar Tanah Merah.
"Fungsi BSF yang menggunakan 60 peratus larva lalat jantan dan 40 peratus larva lalat betina ini bagi memproses hasil pungutan sisa ditempatkan rumah khas terletak di belakang Pasar Borong Manal dan Pasar Besar Bandar Tanah Merah mengambil masa 14 hingga 21 hari.
"Proses ini juga dijangka dapat mengurangkan penjanaan sebanyak lima tan sehari sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sisa dengan potensi pengurangan pembebasan sebanyak tiga tan karbon dioksida setara dalam sehari," katanya dengan menambah fasiliti itu juga dapat menghasilkan baja kompos bagi menggantikan baja kimia untuk kegunaan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Tuan Ibrahim berkata program berkenaan akan diteruskan di seluruh Malaysia bagi merealisasikan sasaran 100 pelaksanaan Rumah Ibadat Hijau di masa hadapan.
Beliau berkata projek lestari itu melibatkan anjuran bersama agensi seperti Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), kerajaan negeri melalui Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUMH), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Persatuan Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK).
"Menerusi GeRAK, sebanyak RM35 juta peruntukan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi diluluskan oleh kerajaan kepada seluruh PBT di negara ini.
"Sehingga kini, 141 PBT memanfaatkan peruntukan tersebut untuk melaksanakan pelbagai inisiatif bandar rendah karbon merangkumi elemen tenaga, air, sisa, mobiliti dan kehijauan di kawasan atau fasiliti awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#black soldier fly
#lalat askar hitam
#pengurusan sampah
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan