SHAH ALAM : Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mula mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Perkara tersebut disahkan Lalitha menerusi laman Twitternya pada Khamis.

“Saya sudah menerima surat tuntutan (LOD) daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM. Terima kasih,” katanya dalam satu ciapan di Twitter pada Khamis.



SPRM | Ada pihak mahu 'bunuh karakter' Azam Baki

SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI

Sebelum ini, Azam memaklumkan akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.

Azam berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.


SPRM | Kenyataan Azam tidak memadai

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.

Justeru, beliau menjelaskan, tiada sebarang perlakuan jenayah atau ‘conflict of interest’ (konflik kepentingan) dalam perkara tersebut.

Dalam ciapan itu juga menyatakan surat bertarikh 6 Januari berkenaan dikemukakan Azam menerusi firma guaman Zain Megat dan Murat.


Artikel asal di Sinar Harian.