awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan hijau: Singapura gantung kebenaran rentas sempadan Malaysia dan dua negara lain

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2021
01:48 MYT
Laluan hijau: Singapura gantung kebenaran rentas sempadan Malaysia dan dua negara lain
Larangan tersebut meliputi Malaysia, Jerman dan Korea Selatan selama tiga bulan bermula 1 Februari.
KUALA LUMPUR:Kerajaan Singapura menggantung kebenaran rentas sempadan secara bersyarat di bawah inisiatif Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dengan beberapa negara termasuk Malaysia berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Kementerian Luar Negeri Singapura berkata, larangan tersebut meliputi Malaysia, Jerman dan Korea Selatan selama tiga bulan bermula 1 Februari.
Kerajaan akan mengkaji semula dasar RGL tersebut selepas tempoh berkenaan berakhir.
Ini bagi memastikan penularan tempatan wabak COVID-19 di Singapura berada pada tahap minimum.
"Susulan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia, Kerajaan Singapura akan menggantung kebenaran RGL dengan Jerman, Malaysia dan Korea Selatan untuk tempoh tiga bulan bermula Isnin, 1 Februari 2021," kata kenyataan itu.
Tambahnya, penggembara dari tiga negara yang disebut itu yang telah diluluskan kemasukan sebelum ini, masih boleh berbuat demikian.
"Kerajaan Singapura akan mengkaji semula kebenaran RGL itu selepas tamat tempoh penggantungan tersebut. Penggembara yang mendapat kelulusan untuk memasuki Singapura di bawah inisiatif RGL ini masih boleh berbuat demikian," tambahnya lagi.
Sebelum ini kebenaran RGL untuk Jepun dan Indonesia digantung pada Disember tahun lepas.
Segala kemas kini kepada kebenaran memasuki Singapura akan dibuat di laman sesawang SafeTravel.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Singapura
#Malaysia
#laluan hijau
#Laluan Hijau Timbal Balik
#RGL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan