KUALA LUMPUR : Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn Bhd iaitu syarikat konsesi bagi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) akan melaksanakan penutupan lorong sepanjang dua kilometer bermula KM 37.2 hingga KM39, di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), selama enam bulan.
Timbalan Pengurus Besar Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Zarulazam Eusofe menerusi kenyataan pada Khamis berkata, susulan itu laluan kontra melibatkan lebuh raya di antara Persimpangan Persiaran Mewah dengan Pekan Sungai Besi akan diaktifkan.
"Penutupan itu dijadualkan berlangsung selama enam bulan bermula 24 September 2021 hingga 31 Mac 2022.
"Penutupan lorong dilaksanakan bagi memberi laluan kepada pembinaan 11 unit tiang, kerja-kerja konkrit dan pemasangan tembok parapet yang akan merentasi MRR2.
"Sehubungan dengan itu aktiviti penutupan dan laluan kontra ini adalah penting bagi tujuan memastikan jarak selamat dengan pengguna jalan dengan dengan tapak pembinaan," jelasnya.
Katanya lagi, pelaksanaan aktiviti ini untuk mengelakkan sebarang kejadian luar jangka kepada pengguna lebuh raya MRR2.
Tambah beliau, sepanjang tempoh pembinaan berlangsung, kedua-dua lorong pusingan U-overhead berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiga lorong Sungai Besi Bound (SBB) akan ditutup untuk lalu lintas.
"Aliran kontra dua lorong akan diaktifkan dari arah Ulu Kelang manakala trafik menuju Ulu Kelang akan dialihkan menerusi susur keluar di TBS.
"Bagi fasa kedua yang dijadualkan bermula 1 Disember 2021 hingga 28 Februari 2022, aliran kontra dua lorong akan bertukar menjadi satu lorong,” ujarnya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa SUKE dan pemaju projek MRCB Builders Sdn. Bhd.akan mematuhi panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa pembinaan berlangsung.
"Aktiviti ini dilaksanakan setelah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya.
"Sehubungan dengan itu, SUKE ingin menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan agar dapat mengelakkan sebarang kesulitan. Bagi yang menuju ke Ulu Kelang dari Lebuhraya KESAS dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif seperti E516, Sri Petaling menuju ke Kuala Lumpur," katanya.
Nickyson Nyambar
Thu Sep 23 2021
Penutupan itu dijadualkan berlangsung selama enam bulan bermula 24 September 2021 hingga 31 Mac 2022.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti
PROLINTAS ambil maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan, kekal komited dengan integriti.
Teknologi terkini lebuh raya Prolintas pastikan keselesaan, keselamatan pengguna
Lebuh raya Prolintas juga mendapat penarafan mengikut Indeks Bangunan Hijau (GBI).
Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.
Tanggungjawab Prolintas bayar kontraktor DASH, SUKE, bukan kerajaan
KKR memaklumkan Prolintas adalah pemegang konsesi bagi kedua-dua lebuh raya tersebut.
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini
Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini.
Papan tanda tambahan Lebuhraya SUKE akan ditambah baik
Papan tanda tambahan di persimpangan bercabang sepanjang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang baharu beroperasi, akan ditambah baik agar tidak mengelirukan pengguna.
Operasi pembersihan perancah besi DASH dihentikan akibat hujan lebat - Prolintas
Datuk Mohammad Azlan Abdullah menjelaskan kerja-kerja pembersihan akan bersambung pada Isnin.
Tragedi kren SUKE: Prolintas patuh arahan LLM lantik juruadit bebas
Prolintas dan SUKE akan memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada juruaudit bebas tersebut dalam mengkaji punca sebenar kejadian.
Tragedi SUKE: Prolintas ambil tindakan tegas jika terbukti ada kecuaian
Prolintas memandang serius isu keselamatan awam dan pekerja di tapak pembinaan.
Konkrit hempap kereta: KKR arah tindakan tegas diambil
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata insiden itu tidak seharusnya berlaku dan KKR tidak berkompromi dalam soal keselamatan serta nyawa orang ramai.